Part 37

1.9K 61 2
                                    

"Ni lah rumah abang, sorry kecik je." Taufiq membawa semua beg beg mereka masuk ke dalam rumah.

Dijemput isterinya itu masuk. Tangannya pula membuka suis yang ada.

"Masuk, sayang" Taufiq berkata apabila melihat Qistiena sepertinya masih tercegat di luar pagar rumah.

Qistiena tidak menyangka Taufiq mempunyai cita rasa yang agak... bagus. Rumahnya yang berada di tingkat 38, apartment mewah itu yang dilengkapi dengan segala kemudahan, dihias cantik.

Susunan sofa dan perabot yang ada dapat menunjukkan ruang tersebut kelihatan luas. Lampu di ruang tamu juga dihiasi dengan lampu downlight di bahagian atas untuk menerangi keseluruhan tempat dengan cahaya yang tidak terlalu terang.

Kemudian, untuk dapur pula dihiasi dengan lampu gantung, minimalist untuk tidak kelihatan terlalu serabut.

Bau rumah Taufiq juga wangi dengan penyembur rumah yang diletakkan di atas peti ais.

Balkoni yang terletak di ruang tamu juga turut diletakkan dua kerusi kayu dan meja kecil.

Lantai pula diletakkan karpet yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis, cukup untuk membuatkan pemijaknya selesa untuk melangkah.

Ada juga pasu pasu kecil tergantung di besi balkoni. Semua itu tumbuhan hidup.

"Cantik" itu sahaja kata kata yang mampu diucapkan oleh Qistiena pada waktu itu. Dia memang terkesima dan terpukau melihat susun atur rumah Taufiq.

Taufiq tersenyum. Hatinya bersyukur Qistiena dapat menerima rumah yang baginya agak kecil itu.

"Itu, bilik kita. Kalau sayang nak bersihkan diri, pergilah. Abang nak masak sekejap" Taufiq berkata setelah selesai dia meletakkan segala beg beg mereka.

"Abang nak masak?" Soalnya. Memang perutnya berkeroncong pun sekarang ni. Walaupun dah makan dekat rumah mama, dia tetap lapar lagi.

Taufiq mengangguk. "Sayang nak makan apa?" Tanyanya.

Qistiena berfikir. Uhm, malam malam macam ni sedap kan kalau makan telur separuh masak dengan kicap dan nasi kosong. Tertelan air liur apabila membayangkan kesedapan itu.

"Saya nak makan telur separuh masak dengan kicap" Qistiena berkata.

Lelaki itu mengangguk. "Okay, abang masak dulu." Taufiq berjalan ke arah dapur.

"Abang... reti ke masak?" Soal Qistiena lagi. Agak ragu ragu dengan kebolehan Taufiq.

Taufiq tersenyum. Tangannya mengeluarkan dua biji telur dan dibasuh di singki.

"Takdelah reti sangat, sayang. Tapi, okaylah kalau nak makan" Taufiq cuba menjelaskan. Biasalah, masakan bujang. Rabaklah juga duit dia kalau hari hari nak makan luar je. Membazir, lagipun sekarang harga semua mahal. Lebih baik masak sendiri, lagi sedap!

Qistiena mengangguk tanda faham. Dia melangkah ke sebelah Taufiq.

"Saya tolong, eh?" Soalnya. Tetapi Taufiq menggeleng.

"Takpe. Abang boleh buat sendiri. Sayang mandilah dulu, mesti penat kan" ujar lelaki itu.

Qistiena mengerutkan keningnya. Kalau cakap tentang penat, dia rasa Taufiq sepatutnya berhak berkata dirinya penat. Lelaki itu yang drive, lelaki itu yang bawa beg dia, lelaki itu juga yang melayan perbualan bersama mama. Tapi, Taufiq kata diri dia penat? Wanita itu mahu membuka mulut membantah tetapi dia tutup kembali mulutnya.

Cinta Dia Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang