Part 6

210 8 0
                                    

"Oh my god! Qis!! U look so gorgeous!!" Qaseh memeluk erat bahu Qistiena.

Cantiknya sepupu dia ni. Pakai baju dress labuh bawah lutut. Rambutnya yang selama ini selalu diikat rendah sahaja, malam ni diikat menjadi sanggul tinggi dan menyerlahkan lehernya yang jinjang.

Qistiena tersenyum.

"Eii, mana ada. Kau pun nampak cantik lah, Qaseh" puji Qistiena ikhlas.

Gadis itu memakai baju dress paras peha yang mengikut bentuk tubuh badan dan rambutnya dilepas mengurai.

Kaki Qaseh yang tinggi dan panjang itu lagi terserlah apabila gadis itu berpakaian sebegitu.

Qaseh tersenyum.

"Tak nampak sexy sangat kan?" Soal Qaseh.

"Uhm, nampaklah sexy sikit" ujar Qistiena.

Qaseh memuncung.

"Yeke? Okay apa, aku tak pakai bikini" jawab Qaseh.

Qistiena diam.

"Up to u lah, Qaseh. Eh, jomlah masuk. Makan dulu apa yang ada" ajak Qistiena. Dia memegang erat lengan Qaseh.

"Okay, macam tau tau je aku dah lapar" Qaseh berkata. Dia memegang perutnya.

"Aunty!" Qaseh menghulurkan salam ke arah mama.

Mama yang sedang berbual dengan rakan-rakannya itu segera menoleh.

"Eh, Qaseh. Lama dah ke sampai?" Soal Mama.

"Takdelah, aunty. Baru je datang ni" jawab Qaseh.

Mama mengangguk.

"Okay, Qaseh makan lah dulu. Aunty nak berbual kejap" mama berkata.

Qaseh mengangguk. Dia dan Qistiena sambung berjalan ke arah tempat yang dihidangkan makanan.

-

Qistiena tertawa lucu mendengar kisah Qaseh. Dia menggelengkan kepala.

"Assalammualaikum" ada satu suara garau berkata di pintu.

Mereka berdua serentak menoleh.

Qistine tersenyum melihat Zariq. Dia terus bangun dan pergi ke arah lelaki itu.

Qaseh yang sedang duduk itu pula, terus terpaku. Pandangan matanya berubah.

He's here?

Oh my god!

Dia melihat sahaja lelaki itu berbual dengan Qistiena.

"Wslm. Ha, sampai pun kau" jawab Qistiena.

"Sorry sorry. Jalan jem pula tadi. Eh, aunty mana?" Soal Zariq.

"Ada, jom aku bawa" Qistiena menarik tangan Zariq dan dia melangkah ke arah mamanya yang masih lagi sibuk berbual itu.

Rumah mereka tidak lah terlalu penuh dengan orang, tapi tetap ada. Riuhlah juga. Maklumlah, ni kan birthday mamanya, mestilah mamanya menjemput rakan-rakan mamanya.

"Mama, Zariq dah sampai" Qistiena menepuk bahu mama.

Mama menoleh.

"Eh, Zariq"

"Ye aunty."

"Lambat sampai, jem ke?"

"Haah, jem. Ada orang accident."

"Ouhh"

"Eh, ni aunty. Zariq ada belikan something untuk aunty" Zariq mengangkat sebelah tangannya dan diberikan beg kertas swarovski itu kepada mama.

Cinta Dia Where stories live. Discover now