Part 49

279 17 0
                                    

"Uhm, sedapnya. Keropok lekor ni beli dekat mana, umi?" Soal Qistiena. Dia mengunyah dengan laju keropok lekor itu sambil memandang umi yang duduk dihadapannya.

"Umi tak pastilah, Qis. Haritu, Nek Pah yang datang sini, bagi keropok ni sekali. Nanti umi tanya dia, ye?" Umi berkata.

"Nenek ada datang sini, umi? Kenapa Taufiq tak tahu?" Soal Taufiq penuh teruja apabila mendengar nama nenek kesayangannya disebut.

"Nenek datang sekejap je, Taufiq. Dia tak tidur sini pun. Umi nak call tapi nenek cakap takpe, lain kali je jumpa lagi." Beritahu umi. Memang dia ada niat mahu menelepon anaknya itu tetapi wanita tua itu menghalang. Katanya nanti takkan dapat lepas rindu pun sebab jumpa sekejap sangat.

"Alah, Taufiq rindu lah dekat nenek" ucap Taufiq lagi. Agak kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan neneknya.

"Takpe, nanti raya kita balik kampung. Dapat jumpa nenek Taufiq tu puas puas, ye? Eh, Qis raya dengan kami kan tahun ni?" Soal umi.Dia memandang Qistiena yang sedang mengunyah keropok lekor itu. Dia hanya mendengar sahaja, tidak mahu menyampuk.

Qistiena menganggukkan kepalanya.

"Haah, umi. Tahun ni Qis raya dengan keluarga umi" ucap Qistiena.

Umi tersenyum. "Baguslah, boleh lah nanti kita kenal kenal dengan saudara umi. Masa wedding haritu, ada yang tak dapat datang" ucap umi.

"Insyaallah, umi" Qistiena membalas dengan senyuman.

Taufiq tersenyum melihat isterinya yang sedang menjamu selera. Dia tidak menyentuh langsung keropok lekor itu, tekaknya terasa mual pula. Tahan Taufiq, tahan... jangan muntah dekat sini.

Qistiena menoleh memandang suaminya.

"Abang nak?" Soalnya. Tangannya dinaikkan, mahu menyuap keropok lekor itu ke dalam mulut Taufiq.

Taufiq tak sempat nak menjawab apabila hidungnya terus dapat menangkap bau keropok lekor itu. Tangan Qistiena di pegang dan dibawa jauh.

Sebelah tangannya lagi naik mahu menutup mulut sendiri. Mahu termuntah jadinya tetapi nasib dapat ditahan. Loya tekaknya.

Riak wajah Qistiena terus berubah. Dia mengusap belakang Taufiq.

"Abang okay tak ni? Nak muntah lagi ye?" Soal Qistiena. Dia mengusap belakang suaminya. Keropok lekor tadi yang dipegangnya, diletakkan kembali di atas pinggan.

"Abang okay, sayang" ucap Taufiq. Dia tersenyum segaris ke arah Qistiena. Menunjukkan yang dia okay sahaja walaupun masih ada rasa mual di tekaknya.

"Kenapa dengan kamu, Taufiq?" Soal abi. Dia melihat anaknya itu seperti tidak sihat. Kenapa?

Umi juga turut melihat ke arah Taufiq. Mukanya berkerut melihat keadaan anaknya.

Taufiq berdehem seketika. Dia membetulkan posisi duduknya.

"Sebenarnya, umi, abi. Isteri Taufiq mengandung." Ujar Taufiq.

Terus sahaja mata kedua-dua orang mertua Qistiena itu memandang ke arah Qistiena di sebelah Taufiq itu.

"Betul ke ni?" Soal umi. Dia bertanya dengan nada teruja. Tak sangka dia akan mendapat khabar seperti ini pada malam ini. Bahagia sungguh hatinya.

Abi turut sama tersenyum apabila mendengar khabar itu.

"Betul, umi. Dah nak masuk sebulan" ujar Qistiena. Dia tersenyum memandang umi.

"Alhamdulillah." Ucap mereka berdua serentak.

"Jadi, kenapa Taufiq muntah muntah pula?" Soal abi.

Umi menepuk peha suaminya.

"Itu sebab anak kita yang kena alahanlah, abang. Selalunya isteri yang kena alahan, kalini suami pula." Ucap umi.

Cinta Dia Where stories live. Discover now