Part 17

236 7 0
                                    

Qistiena memarkirkan kereta di dalam rumah. Dia menutup pintu keretanya.

Kakinya melangkah ke arah Taufiq yang memarkirkan keretanya di luar rumahnya itu.

"Dahlah, awak taknak balik ke?" Tanya Qistiena. Dah pukul 10 malam tetapi lelaki itu masih setia berada di hadapan rumahnya.

Taufiq hanya tersenyum. Dia melangkah ke arah Qistiena.

"Esok awak pergi ke?" Tanya Taufiq. Badannya bersandar di pintu pagar rumah Qistiena.

Qistiena terdiam.

Esok merupakan hari Zariq dan Qaseh akan disatukan. Mereka akan menjadi suami isteri yang sah.

Dia tak mahu hadir tetapi lelaki itu ada memujuknya untuk pergi. Sebagai seorang kawan, dia perlu hadir.

Tetapi, bagaimana dengan perasannya? 

"Pergi" jawab Qistiena, pendek. Dia senyum segaris.

Taufiq yang sedang melihat kakinya sendiri itu,  terhenti pergerakannya. Dia menoleh ke arah Qistiena.

"Awak pergi? Tapi..." Taufiq tak menghabiskan ayatnya.

"Ye, saya tahu. Tapi, saya kawan baik Zariq dan Qaseh tu sepupu saya. Saya tak boleh pentingkan diri. Zariq tu takda kawan lain selain saya. Mesti diorang kecewa kalau saya tak datang" ujar Qistiena.

"Kalau macam tu, i will come with u" jawab lelaki itu laju.

Qistiena laju menggeleng.

"No, tak payah, Taufiq" jawab Qistiena.

"Why? Saya boleh teman awak"

"Mama saya boleh teman"

"Mama awak tu lain, saya lain"

"Apa bezanya?"

"She's your mum. And im your friend. Lagipun, Zariq mesti kena tau 'bestfriend' dia ni dah ada another 'guy bestfriend'. Lagipun, bestfriend tak simpan secret right?" ucap Taufiq. Dia mengangkat sebelah keningnya.

"No, tak payah mengada." Ujar Qistiena. Dia mencapai pintu pagar itu dan disatukan. Di kunci pintu pagar itu. Taufiq berundur untuk memberikan ruang.

"Aww come on, i wanna go too" ucap lelaki itu lagi.

"Tak boleh. Saya taknak Zariq salah faham"

"Dia nak salah faham apa? He will get married tomorrow. He must more excited to get a wife than looking at his bestfriend that bring another guy to his wedding" ucap Taufiq.

Qistiena terdiam.

"Dia tak ada perasaan pada awak, Qis. U must remember that. Tomorrow, dia nak jadi suami orang. And maybe soon, dia akan akan jadi ayah untuk anak dia. Just forget your feelings to him" ujar Taufiq lagi, kalini suaranya lebih lembut.

Qistiena menunduk. Tubir matanya mula terasa panas. Digigit bibirnya untuk menahan air mata itu dari jatuh.

"Baliklah, Taufiq" ujar Qistiena, perlahan.

Tanpa menunggu jawapan dari lelaki itu, dia memusingkan badannya dan melangkah ke pintu rumah. Dipulas dan dia masuk ke dalam rumah.

Taufiq menggeleng kepala perlahan.

Dia berjalan ke arah keretanya kembali. Sambil itu, tangannya naik sebelah, menggaru kepala yang tak gatal.

"Bodohlah kau ni Taufiq. Cakap tu tak tapis" ujar lelaki itu, dia menepuk beberapa kali mulutnya.

-

Cinta Dia Where stories live. Discover now