Suasana di ruang tamu itu sedikit membahang ekoran pertengkaran dua beranak itu.Dari tadi berbalas perang mulut antara mereka.
"Lya tak kisah kalau mama nak ada lelaki lain atau apa saja dekat luar sana.Tapi tolong tunggu sampai habis iddah.Mama tak malu ke dah tua tapi perangai macam ni.Lya malu Ma." ujar Ilya geram pada mamanya itu
Baru dua minggu papanya meninggal,
mama sudah buat onar dengan keluar berdua-duaan dengan kekasih hati.
Ilya tahu mamanya dan arwah papanya sudah lama tidak bersefahaman namun masih juga tidak leraian ikatan perkahwinan mereka.
Papanya tahu perihal mamanya yang punya skandal diluar sana,namun sudah tidak berdaya menahan tingkah wanita itu.
Papanya menderita kerana penyakit buah pinggang.Perlu dapatkan rawatan susulan dan selalu perlu dialisis.Jadi mamanya mulai muak dan tidak mahu menjaga papanya itu.
"Mama dah malas la asyik cakap benda sama Lya,kamu patut buat kerja kamu jangan sibuk hal mama.Mama cuma nak bagitahu Lya yang mama nak kahwin dengan uncle Malek lepas mama habis Iddah nanti." ujar Datin Rubittah tidak beriak.
Tenang dan tidak rasa bersalah.
"Mama boleh buat apa je yang mama nak,
tapi jangan ingat Lya nak biar mama senang lenang.Lya takkan benarkan harta papa lepas pada mama dengan mudah." ujar Lya sinis.
"Lya jangan ugut mama macam tu ya.Lya jangan lupa,mama masih ada hak,mama dengan papa tak bercerai jadi mama masih ada hak ke atas semua harta papa." ujar Datin Rubittah mulai goyah.
Dia susah jika tiada harta itu,selama ini bertahan kerana segala harta dari lelaki itu.Namun masih tidak sedar diri dan masih berperangai tidak baik.
"Apa saja la ma,Lya takkan mudahkan urusan mama kalau melibatkan harta papa.Ingat tu baik-baik.It's up to you nak menjalang dengan berapa banyak jantan dekat luar sana.i dont care anymore."
Selama membesar dan tumbuh menjadi dewasa,Ilya banyak dibesarkan oleh Papanya dan Mak Jenab pembantu rumah mereka.Jadi Ilya tidak rasa perlunya ada seorang mama disisinya.
Melihat perwatakan dan tingkahlaku Datin Rubittah itu buatkan otaknya seakan hilang.Wanita itu sejenis yang tidak malu dan berperangai buruk.
Kepincangan dalam keluarga ini mulai memburuk selepas Ilya ke luar negara untuk menyambung pengajian selama lima tahun disana.Bila pulang terus menguruskan Lesmara Furniture,Syarikat pembuatan perabot milik Papanya.
Lima tahun di Amsterdam agak susah untuknya melihat perubahan kedua orang tua itu.
Pulang ke tanah air cuma dua atau tiga kali setahun.Jadi Ilya ralat bila pulang terus ke sini dan melihat papanya itu seakan manusia hidup tetapi tidak bernyawa.
Mujur Mak Jenab ada dan melihat papanya itu.Namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia cuma orang gaji dan mengikut arahan.
Selepas dua tahun Ilya pulang ke sini papanya mulai nazak dan pergi selamanya dua minggu lalu.
"Lya ingatkan mama sekali lagi,segala urusan Lesmara,Lya akan uruskan mulai harini.Segala harta,rumah dan aset-aset papa akan dipantau oleh Lya sendiri.Jadi Lya cuma nak cakap dengan mama yang mama jangan berangan nak dapatkan dengan mudah." ujar Ilya mula berlalu keluar
Mahu pergi bekerja.
Masuk ke Vellfire hitam itu dengan hati sebal.
"Terus ke pejabat uncle Rokman pak Yas." ujar Ilya pada pemandu keluarganya itu.
"Baik cik Lya." sempat melihat sekilas anak majikannya itu.
Padanya Ilya itu anak yang kuat,menjaga arwah papanya dengan kasih sayang sebaiknya sambil menguruskan syarikat itu dengan teliti dan cermat.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
