⭐ BAB 21 ⭐

15.8K 647 72
                                        

Khair yang dari tadi duduk di luar rumah sambil menggenggam telefonnya,sibuk berwhatsapp Ilya yang bertanyakan jalan ke sini.

Hajah Kalsom mula duduk di bangku batu yang di duduki Khair diluar rumah mereka.Di bawah pokok manggis.

Dari jauh terlihat kereta mewah mula masuk ke lorong mahu masuk ke rumahnya ini.Khair dan Hajah Kalsom mula mengalihkan pandangan melihat ke lorong masuk ke rumah mereka itu.

"Sapa tu Along?Kita ada sedara naik reta macam tu ka?." tanya Hajah Kalsom polos. Melihat Alphard hitam itu leka.

"Bini Along mak."Balas Khair sambil kening digaru sedikit.

Mula bangun mahu mendekati Ilya yang baru memarkir di halaman rumah yang sudah diletakkan sebuah khemah untuk majlis kenduri lusa.

Sesekali Khair melihat emaknya itu. Mahu pastikan mood emaknya elok.

Ilya mula melangkah turun dengan baju korporat di tubuh. Kemeja putih berblazer biru gelap dengan seluar berona sama. Rambut pula disanggulkan kemas. Dia terus ke sini selepas habis lawatan menteri ke kilangnya tengahari tadi.

Pak Yas mula membuka bonet lalu bagasi kecil Ilya dibawa turun. Sempat bertegur sapa dengan Khair.

"Nak balik terus ke ni?" Soal Khair

"Balik terus.Ada Lokman dan Aria tu temankan." Balas Pak Yas dengan senyuman

Khair mengangguk faham lalu mengambil bagasi Ilya.Sempat berpamit dan menunggu Pak Yas berlalu.

Jari mereka ditautkan,lalu berjalan perlahan mendekati Hajah Kalsom yang berdiri di birai pintu sejak tadi.

"Mak you marah?" tanya Ilya berbisik.

"Marah sikit la.Jangan risau." balas Khair tenang. Namun dalam hati gundah gulana. Risau maknya baling selipar pada Ilya pula nanti.

Hajah Kalsom melihat wanita yang turun dari kereta tadi dengan mata terkebil-kebil.Tak berkelip matanya.

Allahu elok sungguh ni..!

"Mak..errr..mak jangan marah bini Along mak." ujar Khair masih takut-takut.

"Mak.." sapa Ilya lembut. Lalu dihulurkan tangan.Mahu salam.

Hajah Kalsom yang masih terpaku mula tersedar bila jarak antara mereka mulai dekat.

"Mak tak jadi marah hari ni.Mai masuk dulu." ujar Hajah Kalsom masih memandang Ilya lama.

Kulit putih bersih.serba serbi elok ni.lebih 100x dari Sidah.

Salam menantunya itu di sambut perlahan.

Ilya mula menundukkan lalu tangan tua itu di kucup sekilas.

"Aiii tak jadi marah pulak." gumam Khair dengan dahi berkerut.

Dia tak tahu maknya terpaku melihat Ilya sampai tak jadi marah.

"You memang nak mak you marah ke?." bisik Ilya perlahan dengan dahi berkerut.

Masih berbisik-bisik di birai pintu.

"Dak la..Mak i cakap dia ikut mood nak marah.
Mood mak i elok la tu sampai tak jadi marah." ujar Khair lalu tersengih.

"Tu duk bisik-bisik apa lagi tu?Mai masuk dalam."sergah Hajah Kalsom. Dari tadi melihat dua ketul itu berbisik di depan pintu.

Haji Arshad pula cuma memandang dari atas kerusi rodanya.Melihat gerangan menantunya itu.Duduk di ruang tamu.Karina dan Kamira juga turut ada di situ.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang