Berdiri di cermin membetulkan belitan shawl berona krim yang dipinjam dari adik iparnya.
"Boleh la, macam ni pun elok dah." Gumam Ilya sendirian.Lalu minyak wangi Chanel disembur sedikit di pergelangan tangan.
Kedengaran Khair menguak pintu lalu masuk.
Baru siap mandi.
"Elok tak macam ni?" Ilya berdiri tegak di hadapan suaminya itu.
"Elok dah ni.kahwin koboi la kita." ujar Khair lalu tersengih. Rambut yang masih basah dilap perlahan.Baju melayu yang di iron Ilya semalam disarung ke tubuh.
Hampir sama rona baju keduanya.Nampak juga seri pengantin.Walaupun koboi dan ala kadar.
"I tak kisah pun macam ni.Mak you pinjamkan I gelang mas dia." ujar Ilya sambil ketawa.
Bukan sebab mahu gelakkan mak mentuanya itu.Cuma terasa comel.Katanya orang kampung akan perhatikan benda-benda macam ni.Bila melihat Ilya cuma memakai gelang seutas yang hampir tidak nampak.
Cincin pun cuma cincin nikah yang Khair belikan. Tak sempat sarungkan perhiasan lain saat sibuk beberapa hari lalu,lagi pula Ilya bukan peminat barang perhiasan itu.
"Dah tu you tak nak?" tanya Khair sambil rambut disikat kemas.Sesekali melirik Ilya yang nampak cantik begitu.
Aduh..susah nak alih mata ni.
Samping hitam diambil,
disarungkan.Dikemaskan biar terletak elok.
"I pinjam yang kecik jela.Yang besar risau tengok,senget bahu nanti." ujar Ilya lalu ketawa.
Ditayangkan gelang emas emak mentuanya di tangan kanan.Cuma kecil dan comel.Nampak terletak di pergelangan tangannya.
"Mak i suka beli mas,adik-adik i disuruhnya pakai.Paksa pulak tu."
Tergeleng kepala kenangkan peel semua perempuan dalam rumah ini.
Kadang-kadang pening juga mahu melayan.
"Comel la mak you." Tersenyum kenangkan Hajah Kalsom.
Khair berdiri tegak di depan cermin,
melihat dirinya lama.Lalu songkok hitam diambil dan disarungkan di atas kepala.
"Dah siap?" tanya Khair lembut.
"Dah." balas Ilya berdiri sama.
Melihat biasan mereka di cermin meja solek itu.
Satu tinggi,satu rendah.
Satu di belakang,satu di depan.Sedikit jarak.
"I agak nanti you kena layan banyak orang lagi. Maaf dengan apa yang jadi sekarang.I serba salah." ujar Khair perlahan.
"Takpa..i kena senyum dan maniskan muka je, tak kena bayar.it's okey,as long as keluarga you tak buli i." balas Ilya tenang.
"I agak family i dah mula terima you dekat sini.Jadi perkahwinan ni dah diterima oleh keluarga i."
Ilya cuma mengangguk sedikit kepalanya.Mula mengalihkan tubuh,berdiri bertentangan.
"Dah jom,nanti mak i bising.Dah tengahari ni." ajak Khair menarik Ilya lembut untuk keluar.
Lalu berjalan dengan tangan ditaut erat.
Macam pengantin betul-betul.Sempat disapa saudara mara yang duduk di dalam rumah.
"Tu saudara sebelah abah." sambil berjalan ke meja yang dipenuhi keluarga abahnya itu.
Kelihatan Haji Arshad ramah berbual sesama adik beradiknya.
"Allahu,bini dia elok sungguh ni." sapa Maklong Khair. Ilya cuma tersenyum.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
