⭐ BAB 7 ⭐

13.4K 602 28
                                        

Jam lima pagi Khair bangun dan seterika pakaian yang mahu dipakai untuk temuduga jam sepuluh pagi nanti.

"Lama ek tak pakai kemas macam ni." gumam Khair sendirian

Sempat siapkan sarapan pagi nasi goreng dari lebihan nasi semalam.Siap makan, dia duduk di birai pintu rumah. Kasut diambil dan dilap biar kilat semula. Lalu kereta kancil Pijan yang dipinjam dibelek seketika.

"Semoga berkat la kereta kau ni Pijan." Khair  tersengih sendiri. Masuk melangkah,sempat rumah bujangnya ini dikemas rapi biar bersih.

"Nasib jugak ada rumah,kalau tak merempat aku ni."

Sewaktu diberhentikan kerja dulu,wang simpanan Khair memang sudah reda malah hampir tiada kerana baru membeli rumah ini beberapa bulan.

Kemudian Haji Arshad mulai sakit teruk dan dipotong kaki. Semenjak abahnya sakit,Sidah mulai perlahan berubah.Khair sedar tetapi hatinya masih menidakkan.

"Aku harap hang bahagia la sekarang."

Kenangkan Sidah dan makcik Azean buat dia pedih hati.Waktu pulang melawat keluarganya tempoh hari,dia ada berselisih di jalan dan perbualan antara mereka buatkan hatinya retak seribu.

"Elok la kamu tak jadi dengan anak aku,
risau bila kahwin sibuk kena menjaga mertua yang tak da kaki pulak.Anak aku tu dokter, muda lagi,lebih padan dengan yang ada kerja elok dan kaya." ujar Makcik Azean sinis

"Sidah dah bertunang dengan dokter juga sekarang ni.Aku harap hampa jangan cari anak aku lagi la ye." sambung Makcik Azean lagi dan berlalu pergi.

Khair tahu maknya terasa hati dan malu bila disindir begitu di tempat umum dengan orang sekeliling ramai kerana mereka bertemu bahu di pasar pagi.

"Cukup la Ir,kenang apa lagi hang ni."Lalu kaki diatur naik ke bilik mahu bersiap dan keluar sekarang.

"Lalu kaki diatur naik ke bilik mahu bersiap dan keluar sekarang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Memarkir kancil merah itu di ruang parking yang ada.Lalu melangkah ke ruang lobi bangunan enam tingkat Lesmara Furniture itu dengan hati sedikit gugup.

"Saya ada interview harini,dekat mana ya?" Sapa Khair. Lalu menunjukkan surat panggilan temuduga yang dicetak beberapa hari lalu.

"Ni dekat bahagian HR,Bilik mesyuarat tingkat lima.Encik naik lif hujung sana tu." ujar wanita itu ramah.

"Baik terima kasih."

Khair melangkah masuk ke perut lif.Butang pintu lif ditutup di tekan. Seketika kedengaran..

"Hold on." Suara lembut melaung sedikit.

Khair pantas menahan pintu lif itu dari tertutup. Kelihatan seorang wanita berpakaian kemas dengan kemeja yang di tuck-in ke skirt hitam separas lutut masuk melangkah.

"Thanks." Ucap Ilya.

Keduanya berdiri tegak tanpa bertegur sapa di dalam lif.

Ting!

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang