Bangun subuh berjemaah dua ketul laki bini itu.Sejak mula bercintan-cintun, mereka mula melakukan banyak hal sama-sama sekarang.
"I tahu i busy sekarang,selalu balik lambat.Kita tak sempat cakap panjang pun." Khair bersuara perlahan saat mereka bertentangan.
Masih duduk di sejadah keduanya.
"I okey je ni.."
Faham juga jika kerja setiap orang berbeza-beza keadaannya.
"Boleh ke you jujur dengan i."
"Pasal apa?" tanya Ilya.
"You tak duakan i atau buat benda pelik-pelik kan?" Tanya Khair serba salah.Risau. Kalau-kalau keadaan mereka jadi seperti dirinya dan Sidah dulu.
"Tak..tak sempat.I busy dengan kerja i. Kalau i nak buat yang pelik i bagitahu je siap-siap.
Kenapa you tanya?"Sedikit hairan bila hal ini tiba-tiba dinaikkan.
"Takla,I risau.I tak selalu dengan you.I tak tahu you jumpa dan bercakap dengan siapa.I tak nak overthinking tapi kekadang ada juga rasa tu datang."Ujar Khair perlahan sedikit menunduk.
Risau pishang berbuah dua kali.Ini semua salah Mikahell!!! Buatkan overthinkingnya menyala.
"Susah nak stopkan overthinking you sebab kerja i memang akan buatkan i kena jumpa banyak orang dan kebanyakannya lelaki.Tapi bila i kerja,Aria selalu dengan i.Ni dah cukup untuk elakkan diri i dari fitnah atau apa saja yang buruk."Balas Ilya lembut.
Faham kadangkala fikiran negatif akan sesekali datang.
"I harap you jaga diri you untuk i."Sambil mengusap jari Ilya perlahan.Cincin kahwin mereka yang disarungkan di jari manis sebelah tangan kanan Ilya diusap perlahan. Kecil. Tapi inilah tanda yang mengikat mereka berdua sejak beberapa bulan lalu.
"I cuba.Kenapa tiba-tiba tanya macam ni?"
"I ada terserempak dengan abang tiri you beberapa hari lepas."
"Dah tu?dia ada cakap something?" Tanya Ilya. Kening dijungkitkan sedikit.
"Dia cakap..ermm..yang ex boyfriend you nak get back dengan you semula." Gumam Khair perlahan.
"Owhh..radio buruk la ni." Cepat ditangkap. Pengadu domba membawa cerita.
"Haah,radio buruk menganjing.I harap apa yang dia cakap tu tak betul." sendu Khair mengadu. Cepat menarik Ilya rapat kepadanya. Dipeluk erat.
"Ye betul la apa Mikail cakap tu,Ex i datang balik dan cari-cari i selalu.Call dan text dengan beberapa nombor telefon. Tapi itu dia sorang jelah beria.I tak." sembamkan mukanya di dada Khair.Selesa begitu.
"Babyyyy...i sayang you." Adu Khair mulai sendu hatinya. Risau!
"Ye i tahu." Diusap belakang badan Khair perlahan. Seakan memujuk.
"Apa i kena buat untuk buat you cuma nampak i?I risau kalau satu masa yau dah tak nak i dan minta i lepaskan you." Gumam Khair.
Masih berpelukkan keduanya.
"You kena jadi diri you sendiri jela kut. Sayangkan i dengan cara you sendiri dah cukup.I tak perlukan suami yang selalu nak menangkan hati i dengan kemewahan."
Selama beberapa hari ini terasa hidupnya semakin membaik bila rutin awal pagi mereka dimulakan dengan solat bersama.
"I takut apa i ada tak cukup untuk buat you duduk di samping i.I tahu i tak sesuai pun dengan you,i selalu rasa diri i tak layak untuk you.I agak i terlalu memaksa diri untuk duduk disamping you." Balas Khair dengan keluhan.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
