Izz Nufail,itulah nama yang diletakkan.
"Mujur tak letak Ismail betul-betul." Gumam Ilya saat melihat sijil lahir anaknya yang baru siap diambil Khair siang tadi.
Melihat tubuh kecil yang tidur lena ditengah katil dengan senyuman.
Dua kesayangannya Ilya Umara sekarang.
"Termenung apa ni hm?" Kedengaran suara garau menyapa dari belakang.
Baru naik semula selepas makan malam dengan ketiga-tiga emak dan pak Yas dibawah sana.
"Mana termenung,Ni tengok ni,mujur abang tak letak nama Ismail betul-betul." Sambil sijil lahir ditayangkan
"Mama dengan mak la tak kasi.Mama minta Izz,mak nak letak nama Nufail.Jadi abang tukang isi borang jela ni." Balas Khair cemberut.
"Lahhh..ingat nama tu,abang yang kasi."
Mula ketawa.
"Takpe,abang tak kisah pun asal nama tu maksudnya elok.Abang lega sayang dengan Izz sihat dan baik-baik saja bila abang pergi kerja." Ujar Khair mula memeluk Ilya dari belakang.
Nampak comel dengan berkain batik begitu.Masih berpantang walaupun hampir ke penghujung saat ini.
"Terima kasih sebab selalu beralah,terima kasih dah jaga Lya dengan Izz baik sangat selama beberapa minggu ni.Abang,abah yang baik." Ujar Ilya sambil pipi suaminya yang tersangkut di bahunya dikucup sekilas.
Selepas balik dari kerja memang semua kerja menjaga Izz,diambil alih Khair sepenuhnya.
"Kita kena berterima kasih dengan Mama,
mak dengan mak jenab la.Abang kalah dengan tiga mak tu." Balas Khair sambil kepala tidak gatal digaru sekilas.
Dari hari pertama lahirnya Izz,dirinya banyak belajar dari ketiga-tiga emak mereka itu.
"Tiga tu kena hantar pergi bercuti la nanti.
Banyak jasa tu." Kata Ilya tersengih.
Sepanjang berpantang ketiga-tiga emak itu sudah bahagikan tugas masing-masing.Tidak tahu lah waktu bila mereka berbincang.
Mamanya akan ikut dan selalu teman Khair untuk check up Izz ke hospital hingga demam kuningnya hilang dan menjaga cucunya itu bila Ilya mandi atau bertungku.
Nampak sayang cucunya.Mungkin sedang curahkan apa yang tidak dibuat pada Ilya dulu pada Izz sekarang.
Hajah Kalsom pula tukang jaga dirinya ini.
Ditungku,dipakaikan stoking,param dan pilis langsung tak boleh elak selama tiga puluh hari.Barut dan bengkung juga dipakaikan emak mentuanya itu.
Betul-betul jaga cara bidan kampung.
Mak Jenab pula tukang masak masakkan pantang dari pagi hingga ke maghrib selama berpantang.
Pokoknya ketiga wanita itu sangat membantu dan menjaganya selama berpantang ini.
Pada awalnya,Khair sudah siap menempah Confinement Lady (CL) untuk jagakan Ilya dan Izz sepanjang berpantang namun dibantah ketiga nenek itu tanpa sempat berbincang pun.Maka terbanglah deposit duit Khair begitu saja.
"Kerja abang lepas ni dah tak masuk site,
InshaAllah waktu kerja lebih baik.Harap mampu la tumpukan perhatian pada sayang dan Izz banyak sikit." Ujar Khair mula menarik Ilya untuk duduk di birai katil.
Pipi Izz Nufail dikucup sekilas.Nampak tembam dengan kepala botak begitu.
"Lya faham kerja abang,Abang pun kena faham kerja Lya.Kita banyak kena korban masa lepas ni." Balas Ilya sedikit termangu.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
