⭐ BAB 20 ⭐

17.2K 629 123
                                        

Melihat papan tanda kampung Garis Satu itu dengan hati berdebar,sesak nafas dan huru hara jiwa raganya.

"Allahu..rasa macam nak pi perang ni." gumam Khair sendirian. Sambil memandu perlahan.

"Tenang Ir tenang.Habis kuat kena marah ja ni." pujuk diri sendiri sambil satu tangan mengurut dada.

Dari jauh sudah terlihat bumbung rumah Haji Arshad.Rumah kampung berbatu dikembarkan dengan papan pada tingkat atas.

Perlahan Khair memarkir di halaman rumah. Dari jauh sudah kelihatan Hajah Kalsom berjalan ke birai pintu. Selipar disarung lalu emaknya berjalan keluar, menunggu dia di luar pintu.

Hajah Kalsom dari jauh tadi terdengar enjin masuk ke kawasan rumah. Melihat pada kereta biru itu dengan dahi berkerut sejuta.

"Dia bawak balik mai kereta pulak." gumam Hajah Kalsom perlahan.

Gusar..

Haji Arshad duduk di kerusi roda sambil menonton tv di ruang tamu.Kamira ke sekolah waktu-waktu pagi begini.

"Assalamualaikum." kedengaran anak sulungnya itu memberi salam.

"Waalaikumsalam..ni bukan reta Along haritu?." takdan apa di tanya itu dulu.

"Haa,kereta haritu.Along ambik balik dekat bank." ujar Khair dengan sengihan.

Mahu menutup rasa gugup.Disalam dan cium tangan tua itu sekilas.Dipeluk lama tubuh Hajah Kalsom.

"Along ada buat salah dengan mak ka ni?" Belakang badan Khair diusap lembut.

"Along nak habaq yang along dah dapat reja." ujar Khair perlahan.

Bagi berita gembira dulu.Ribut kemudian.

"Alhamdulillah.Elok la tu,kita buat kenduri sekali esok ni."

Haji Arshad pula sudah terjenggul di birai pintu. Melihat peel dua beranak itu.

"Along ada buat salah dengan mak ka ni?Selalu kalau buat salah ja duk buat perangai peluk lama laguni." Soal Hajah Kalsom hairan.

"Along ada buat salah sikit.Tapi Along langsung takdak niat." ujar Khair perlahan sambil mata terpejam.

"Buat salah apa ni along?Along buat mak susah hati.Dah berapa hari mak duk berasa tak sedap hati."

Sudah di agak.instinct mak-maknya menyala.

Melepaskan pelukan,Khair mula jauhkan diri sedikit.

"Ermm..Mak,abah janji jangan marah along.Janji dulu."Lalu jari kelingking maknya ditautkan erat.

Konon-konon janji.

"Habaq dulu." balas Hajah Kalsom dengan dahi berkerut.Lalu jari mereka dikuis dengan tangan kanannya biar terlerai.

Tak janji.

Haji Arshad pula dari tadi cuma melihat tanpa mencelah.Mendengar dari birai pintu.

"Mak...Along tak sengaja ni nak belakangkan mak dengan abah,bukan niat along ni." Lalu diusap lehernya perlahan.Menundukkan wajah.

Sesekali melihat ke arah Haji Arshad seakan meminta bantuan.

"Awat ni Ir,hang buat apa belakang mak abah?baik hang cakap teruih terang." Celah Haji Arshad.

Mula ikut susah hati melihat tingkah anaknya begitu.Tahu anak sulungnya itu ada buat sesuatu dibelakang mereka bila peel teragak-agak begitu dibiaskan. Peel bila buat salah.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang