⭐ BAB 51 ⭐

15.7K 577 28
                                        

"Lama betui sembangnya." Omel Khair perlahan.

Sejak berbaik anak beranak itu siang tadi,
kelihatan keduanya mula boleh berbual panjang.

Khair melangkah melihat sekeliling bilik Ilya.Frame gambar di atas meja dilihat satu-satu.Ada gambar sewaktu Ilya kecil sehingga tamat pengajian di Amsterdam.

"Masa kecik dengan besaq takdak beza,
dua-dua comey." Tersengih Khair tengok bini sendiri.

Gambar Ilya waktu kecil itu menarik perhatiannya.

"Semoga anak abah nanti comey macam ibu."

Seketika kedengaran telefonnya berdering,lalu skrin dilihat sekilas.

Hajah Kalsom..

"Waalaikumsalam..ye hajah." Balas Khair saat menyambut salam dari maknya.

"Dok buat apa?menantu mak sihat ka?" Tanya Hajah Kalsom seperti selalu

"Takdak buat apa.Sihat menantu mak tu,
siang tadi pi check perut.Cucu mak pun elok semua.Along ada dekat rumah mama Lya ni." Balas Khair panjang

Memang kadangkala maknya itu akan call dan mahu berbual.

"Alhamdulillah..Along alah lagi dak?mama Lya dah elok ka?" Tanya Hajah Kalsom perlahan sedikit hairan.

"Dah koi hilang dah mak,Lya pun tak alah apa dah.Mama dia makin lembut hati kut lani,tu yang boleh duk sini harini."

"Elok la tu,mak rasa depa lama sangat bertelagah.Asbab nak dapat cucu la kut ni." Ujar Hajah Kalsom

Kedengaran pintu dikuak,muncul Isterinya itu masuk.

"Mak abah sihat ka?" Tanya Khair sambil menarik Ilya duduk di sebelahnya di birai katil.

"Sihat ni alhamdulillah.Mak berasa sunyi sikit la bila Mira pi sambung belajaq dah."

Terkenangkan anak bongsunya yang baru mulakan pengajian di universiti sekarang.

"Elok la tak dak Mira,mak abah boleh dating berdua." Ujar Khair tersengih.

Ilya ikut tersengih sama,melekapkan telinganya pada telefon Khair.Curi dengar perbualan anak beranak itu.

"Merapu sungguh,dah tua-tua ni Long oii." Bebel Hajah Kalsom

"Alahh takmau mengaku,nanti baby-baby dengan abang Aji dia." Sakat lagi maknya itu.

Ilya di sebelah sudah ketawa.

"Merapu hang ni,sudah.Mak nak buat apam sat ada cikgu tempah.Kirim salam dekat menantu mak,kata terima kasih sebab hantaq sofa baru kat mak ni." Ujar Hajah Kalsom lalu salam diberi dan tamatkan panggilan.

"Waalaikumsalam."

"Mak?" Tanya Ilya

"Mak la,itu je girlfriend abang yang rajin call selalu." telefonnya diletakkan di atas meja sisi katil.

"Mak cakap sayang hantar sofa??" Terkerut dahi Khair. Hairan campur terkedu.

"Haah,haritu masa bawa mak pergi tengok ofis. Mak macam berkenaan dengan sofa tu,tapi takde stok dah.Lya remake untuk mak."

"Tak cakap pun." Terjungkit kening Khair.

"Tak sempat nak cakap, lagipun sofa je pun."

"Sofa pun,cakap la.Risau sekarang sofa nanti apa lagi sayang hantar,jangan manjakan Hajah Kalsom dengan perabot sayang.Tak muat rumah Haji Arshad nanti." Bebel Khair panjang.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang