THIRD
⭐ ILYA X KHAIR ⭐
Selepas kematian Datuk Baharudin,
Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru.
Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
Dari jauh kelihatan suaminya itu segak berbaju melayu.Hajah kalsom juga sejak beberapa hari lalu sibuk ke sana sini di bantu mamanya dan Mak Jenab sama.
Kelihatan ruang tamu rumah sedikit meriah dengan ramai saudara dan tetamu dari keluarga pengantin.Diruang tamu sebelah sana kelihatan mini pelamin terhias cantik sejak semalam.
Seketika kedengaran rengekan Izz diribanya.Dah mula nak tantrum dah.
"Kenapa ni?panas?" Tanya Ilya lembut.
Melihat anaknya itu comel dengan baju melayu berwarna maroon.Sedondon berwarna sama keluarga Hajah mereka harini untuk majlis pernikahan Karina
Izz Nufail yang berkulit cerah sama seperti ibunya dengan pipi kemerahan.Tetapi raut wajah,kening dan rambut lebih seiras abahnya.
"Okey!okey!kita ambik susu.Mama nak tengok makngah nikah ni Izz,cuba behave sikit perangai tu." Omel Ilya mula mengendong anaknya ke bilik mahu mengambil botol susu.
Sepanjang mahu sampai ke bilik kedengaran budak kecik itu merengek-rengek.
"Awat ni cucu maktok ni???." Tanya Hajah Kalsom yang berjalan beriringan dengan adik iparnya Karina mahu ke ruang tamu.
Sempat juga pipi gendut Izz dicubit manja makngahnya yang sudah bersiap cantik.
Bakal pengantin.
Lalu melangkah ke bilik mengambil botol susu dan ke dapur bancuhkan susu sambil kedengaran Izz Nufail membebel susunya lambat.
"Sabar laaa ayang ibu,ni nak buat susu ni nampak kena buka tin dulu pastu kena letak air panas dulu haaa pastu kena cedokkan susu masuk sini dulu.Pastu ini kena tutup dulu ni kalau tak nanti tumpah tahu.Pastu kena goncang-goncang sikit macam gini.Haaa baru siap.Take time tahu.Shabarrr jangan bebel Izz Nufail bin Khair Nafiz.."
Dah dia pula bebel pada Izz.
Si anak cuma terdiam dan melihat ralit ibunya membancuh susu dengan satu tangan sambil satu tangan lagi mengendong tubuh gendutnya itu.
"Okey jomm..jangan bebel lagi tau,Izz anak ibu yang baik kan.Jadi kena duduk diam-diam je okey." Ujar Ilya mula melangkah ke ruang tamu.
Duduk di sebelah Datin Rubittah.Mula susukan Izz.Rissa dan Mira dari tadi sibuk siapkan kakak mereka.
Sorang tukang solek.
Sorang tukang ambil gambar sejak tadi.
Dari jauh kelihatan kadi sedang membacakan khutbah nikah.
"Lepas dah satu tanggungjawab Ir lepas ni." Bual Datin Rubittah perlahan.
"Iye ma,dia susah hati Rina bertunang lama-lama sebab tu suruh nikah dulu."
Sambil menepuk Izz diribanya yang sudah lali mahu tidur.
Kelihatan suaminya mula nikahkan adik perempuannya itu.Kedengaran suaranya sedikit bergetar bila perlu gantikan sosok Haji Arshad dalam banyak perkara sejak sekarang.
Selesai semuanya,mula bersalaman. Sempat dilihat suaminya itu berbual memberi pesanan pada adik ipar yang baru masuk ke keluarganya itu.
"Dia betul-betul jaga lya dan keluarga abah baik-baik sekarang.Cucu abah pun dia jaga baik.Lya beruntung dapat anak abah."Bisik hatinya sendirian
Kenangkan semula pesanan arwah Haji Arshad sebelum meninggal dahulu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.