Di ruang tamu sekarang ini diadakan bacaan tahlil dan doa selamat yang diketui bacaan oleh suaminya sendiri. Ilya duduk di sebelah Hajah Kalsom dan di sebelahnya ada adik-adik ipar serta Mak Jenab. Beberapa orang jiran tetangga juga memenuhi ruang tamu kedua ini.
Sejak tadi Ilya cuma melihat suaminya itu sesekali.Sedikit terlindung,namun masih terdengar suara garau itu. Kagum!
"Dia tak kaya harta,tetapi kedua orang tuanya dah jadikan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dengan kecukupan ilmu agama sebaiknya." Bisik hati Ilya.
Melihat perubahan dirinya sendiri selama hampir setahun perkahwinan mereka juga semakin membaik.Sejak sekarang sudah tiada baju yang belahan di paha dipakai Ilya.
"Cekap je la buat kerja,baju neraka semua hilang tiba-tiba."Bisik hatinya dengan senyuman tipis di bibir.
Bila dicari baju-bajunya itu,tak tahu kemana perginya.Hilang!!
"Dah sudah,Mak tak kenai orang sini Lya."Ujar Hajah Kalsom berbisik. Segan bila melihat kalangan yang datang tampak seperti "Orang ada-ada semuanya."
"Takpe kejap lagi kenal la,saudara Lya sikit je mak.Yang lain tu kawan arwah papa dengan jiran-jiran sikit."Balas Ilya lembut.
Dirinya juga tidak mengenali jiran-jiran di sini.
Itu semua hasil kerja suaminya lah yang rajin beramah mesra dan bertegur sapa dengan kejiranan di sini.
"Takpe kita duduk sini dulu pun takpe Som,
semua katering uruskan."Celah Mak Jenab pula.
Semenjak semalam tak berhenti cerita kedua mereka ini.Banyak cerita mereka membawang.
Ni nak mula lagi la tu!
"Rina nak pi potong kuih hat mak buat. Letak sekali dekat luaq."Ujar Karina mulai bangun.
"Okey,kejap kak Lya cari bekas."
Mula bangun ke dapur bersama adik-adik iparnya.
"Besarnya rumah,dari semalam Rissa rasa macam masuk mimpi pijak rumah Kak long." Celah Rissa sambil masukkan karipap ke dalam tray makanan.
"Mana besar,rumah arwah papa akak. Tumpang je ni."
"Nanti nak tengok ofis kaklong pulak boleh dak?"Kamira pula mencelah.
"Buleh..esok-esok la kita pi." Melayan adik-adik iparnya. Tersangkut loghat kedah sesekali.
"Babyy..ada orang cari."Panggil Khair
Mula melangkah ke dapur,sempat duduk mencelah hingga ditolak sedikit Karissa yang berdiri disebelah Ilya.
"Amboiii..tolak habis orang,punya nak dok dekat baby dia."omel Rissa bengang
"Hang la besaq sangat,terhimpit habis bini along."sakat Khair seperti selalu.
"Sape cari?"soal Ilya masih sibuk potongkan kuih seri muka yang dibuat Hajah Kalsom seawal pagi tadi.
Rajin emak mentuanya itu,beberapa jenis kuih dibuat sejak semalam.Karipap,seri muka,donut dan tepung talam.Hasil kerahan daripada adik-adik iparnya juga.
"Entah..tak tahu la,tak kenal.Jom ikut,sini ada bibik ni tiga orang buat.Jom." selamba panggil adik-adiknya bibik.
Mula menarik Ilya ke singki lalu tangan isterinya dicuci bersih.
"Amboii manis noh,tangan baby pun dia cuci."Sakat Rina dengan sengihan.
Rissa dan Mira cuma menjulingkan mata. Menyampah!
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
