Lepas habis kerja di pasar,balik ke rumah bujangnya seketika.Mengemas.Sempat disapu dan dimop lantai.Kipas yang berhabuk dilap bersih.
"Mujur la tak ada perabot sangat." Gumam Khair sendirian.
Siap mengemas dan mencuci dari dalam rumah sampai ke luar.Bersih dan kemas semuanya. Duduk di lantai di tengah ruang tamu dengan segelas milo panas.
"Harap-harap depa jaga rumah aku elok-elok la." Khair melihat ruang rumah itu lama.
Sengaja datang mencuci bila ada jiran yang bertanya untuk disewakan beberapa bulan sementara mereka mendapat rumah lain.
Sementara dirinya duduk di rumah Ilya boleh juga hasil sewaan rumah ini digunakan buat membayar bulanannya nanti.
Bangun mencuci cawan,Khair berlalu naik ke tingkat atas.Baju-baju yang beberapa helai yang ditinggalkan, diambil dan dimasukkan ke dalam beg. Berjalan perlahan turun sambil melihat sekeliling lama.
Rumah teres dua tingkat ini dibeli hasil bekerja keras selama enam tahun sebagai jurutera.
Rumah yang menjadi saksi dirinya susah. Dia
masuk ke sini dengan sehelai sepinggang sampai mampu barangan yang sedikit cuma.
Masukkan beg ke dalam kereta. Sambil berdiri tegak di luar. Menyandarkan tubuh di sisi keretanya itu. Menunggu seseorang datang.
"Bang." sapa seorang lelaki yang menunggang motosikal bersama isterinya.
"Im.."Sapa Khair semula.
"Sorry lambat." ujar Imran dengan senyuman.
"Takpe..abang baru siap kemas tu.Ini kunci.Korang jaga rumah aku elok-elok." ujar Khair kepada Imran. Lalu diserahkan kunci pendua kepada Imran.Penyewa sementara rumahnya ini.Baru berkahwin.
"Baik bang,ni duit deposit api air dengan sewa dua bulan." ujar Imran sambil menyerahkan sampul pada Khair.
"Terima kasih.Abang minta diri dulu. Kalau nak masuk nanti buka paip air luar. Abang tutup tu." ujar Khair sempat berpesan.
"Baik bang,terima kasih banyak bagi sewa. Kalau tak pening kepala saya bang." ujar Imran
"Sama-sama." balas Khair lalu bersalaman dan berlalu pergi. Memandu perlahan balik ke rumah Ilya. Melihat duit yang diterima tadi.
Syukur Alhamdulillah....
Berhenti ke bank dan masukkan duit ke akaun adik-adiknya dan emaknya di kampung.Lebihan sedikit disimpan ke akaunnya dan cash diambil sedikit.Berlalu balik ke rumah.Kunci auto gate ditekankan.
Memandu perlahan memarkir keretanya. Melangkah keluar,sempat disapa Pak Yas yang sedang menyapu pokok-pokok yang baru di potong.
"Pakcik." sapa Khair ramah.
"Ir." balas Pak Yas sambil tangan di angkat.
Kadangkala datang kemari bersama isterinya Mak Jenab ke sini,hantarkan barang basah dan masakkan untuk Ilya.Kebun dan pokok bunga di banglo ini,di jaga rapi Pak Yas.
Baru Khair mahu melangkah kedengaran hon kuat dari luar pagar.
"Sapa tu?" gumam Khair hairan.Namun dibuka kembali pagar berkenaan. Kelihatan Volvo merah masuk ke ruang laman rumah itu.
Seketika turun seorang wanita separuh baya dengan kaca mata gelap.
"Datin." sapa Khair sedikit gugup.
Pak Yas mula mendekati.Risau.
"Berapa anak aku bayar kau?" tanya Datin Rubittah sinis.Melihat lelaki itu jelek.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
