Duduk di meja makan selepas membantu suaminya itu memasak sekejap tadi.
"Sedap bau,masak apa ni?" Sapa Datin Rubittah.
"Nasi lemak,menantu mama masak." Ilya tersengih
"Duduk la Datin,kita makan sekali." pelawa Khair sambil meletakkan telur rebus yang dipotong kemas.
"You memang suka masak?" Soal Datin Rubittah melihat lelaki itu sesekali.
"Suka la jugak kalau tak sibuk."
Mula duduk,nasi disedukkan untuk Ilya dan mak mentuanya itu.
"Masih kerja pasar ke sekarang?"
Mahu suaikenal dengan menantunya pula saat ini.
"Tak dah,sebelum ni je kerja pasar."
"Kerja apa sekarang?"
Sambil mula menyuap hasil masakan menantunya itu.
Sedapp
"Engineer."
Kelihatan Datin Rubittah mengangguk faham.
Okey la sikit dari kerja pasar tu...
"Lya dah nak balik harini mama." Celah Ilya pula.
"Kalau nak pindah sini pun mama alukan.
Lagipun takde siapa nak kacau Lya dah.
Mika pun mama tak benarkan datang sini sekarang."Balas Datin Rubittah perlahan.
"Pasal tu nanti la Lya bincang dulu.Kalau mama sunyi dekat sini,datang la rumah sana." Dipelawa mamanya pula.
"Takpe,mama okey je dekat sini.Lagipun mama banyak plan selepas ni.Mama nak pergi umrah dengan mak jenab dan pak Yas awal bulan depan.Lepas balik nanti mama nak sambung study semula." Bual Datin Rubittah tersenyum.
"Serius??" Mulai terkebil-kebil matanya Ilya.
"Ye..mama agak mama masih nak capai cita-cita untuk belajar tinggi.Dulu tak mampu dan selalu mengalah.Mama nak sibukkan diri sekarang." Ujar Datin Rubittah lagi.
"Alhamdulillah..Lya suka plan mama tu."
Senang hati dengan perubahan mamanya sekarang.Sejak berbual panjang semalam,Ilya baru tahu yang mamanya sedang ikuti terapi untuk ubati dirinya.
"Mama agak mama kena jumpa keluarga mertua Lya jugak.Bila-bila bawa mama ke sana."
Melihat menantunya itu sejak semalam,
dirasakan yang pilihan Ilya lebih baik daripada Mikail.
"Mujur kau tak kahwinkan anak sendiri dengan setan.Cukup la cuma Baharudin jahat pada kau,jangan pilih lelaki yang akan buat anak kau jadi macam kau." Bisik hati Datin Rubittah
"Boleh Datin,insyaallah kalau takdak aral nanti saya bawa Datin balik kampung.Tapi kampung jela,saya orang kampung Datin."
"I pun orang kampung.Jadi it's okey.You panggil mak you apa?" Tanya Datin Rubittah senada.
Tiba-tiba.
"Mak."
Pelik dengan soalan mak mentuanya itu.
"Dah tu kenapa you panggil i Datin?i ni mak mertua you." Ujar Datin Rubittah dengan muka beku ala Ilya.
Memang dua beranak ni ego tinggi.
Suka tapi tak nak cakap.
"Owhh..baik mama."Balas Khair lalu rambut yang tidak gatal digaru.
Tersengih lebar.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
