Berdiri di balkoni banglo yang di tinggalkan Datuk Baharuddin untuknya itu sambil melepaskan keluhan berat. Selepas pindah dari rumah Mamanya.Ilya duduk di sini.Rumah kedua papanya yang dibeli sejak lama.
"Dah umur macam ni masih sendirian,
sunyi betul.." gumam Ilya sambil meneguk kopi panas sedikit.
"Kalau ada anak bagus jugak."
Sambil jari-jemari scroll akaun Instagram miliknya.Gambar rakan-rakan sekampus dulu dilihat.
"Nak ada anak kena ada suami dulu Ilya,
kau ni merepek betul berangannya."
Saat ini jarinya terhenti di sekeping gambar milik seseorang yang pernah duduk dihatinya dulu.
Tidak saling mengikut.Namun gerangan si lelaki tidak memprivatekan akaunnya,
jadi Ilya dapat melihat perkembangan lelaki itu.
"Dah bahagia korang sekarang,dah ada anak dua pula tu." Gumam Ilya perlahan.
Seketika peristiwa lama itu menerpa semula.
"Sorry Lya,i think we should end our relationship here.I minta maaf pada you." ujar Taufik
"But why Fik?kita okey je kan selama ni." Soal Ilya terkedu.
Selama dua tahun bercinta mereka berdua kelihatan baik-baik sahaja selama ini.
"Pada you kita okey.But for me tak.You busy selalu,i tak rasa macam i ada girlfriend and i dah ada orang lain sekarang." balas Taufik serius.
"You sengaja bagi alasan yang i sibuk sebab nak ada orang lain." ujar Ilya perlahan dengan dahi berkerut.
Dirinya sibuk mahu habiskan pengajian disini dengan cemerlang dan mahu balik ke Malaysia secepat mungkin bila tahu papanya makin sakit kuat sekarang ini.
"It's up to you nak cakap apa Lya.I agak cukup la sampai sini.I harap you boleh terima semua ni.I minta maaf." balas Taufik mula berlalu pergi.
Di hujung sana terlihat seseorang yang pernah menjadi temannya menunggu Taufik sejak tadi.
Melati.
Ilya ingat Melati cuma duduk disitu mahu melepaskan penat di kerusi kayu di tepi jalan itu,rupanya tunggu teman lelakinya yang sudah beralih arah ke Melati.
Ilya cuma memandang mereka berdua mula berlalu dengan pandangan terkedu lalu terbit ketawa sinis.
"Seriously?member caras member.How dare you Taufik?"gumam Ilya
Melati pernah menjadi teman baiknya sewaktu awal pengajian di sini universiti of Amsterdam.
Pernah duduk di rumah sewa yang sama
Mulai merenggang kerana Melati menukar bidang pengajiannya dan makin renggang bila mereka berpindah dan duduk berasingan selepas tahun kedua di sini.
Berjalan pulang ke rumah sewanya dengan hati yang sebal.Sejak peristiwa itu,dirinya sudah tidak mahu percayakan sesiapa.Tidak punya teman baik lagi.
Tekun habiskan pengajian dengan hati beku dan mulai dingin.Walaupun hatinya patah seribu dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh namun semua itu di simpan rapi di hatinya sendiri.
Sejak kecil sendirian jadi Ilya sudah biasa di tinggalkan.Dibesarkan oleh Mak Jenab sepenuh masa,adakalanya Datuk Baharuddin manjakan Ilya. Namun masih kesibukan dunia
memisahkan mereka.Perasaan bersendirian itu sudah sebati dengan dirinya.
Menjadi anak tunggal kepada ibu bapa yang sibuk majukan perniagaan itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Walaupun keluarga mereka kaya harta benda. Ilya mampu dapat apa yang dirinya mahu tetapi,hidupnya tidak sebebas dan tidak dipenuhi kasih sayang.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
