⭐ BAB 12 ⭐

14.4K 591 33
                                        

Memarkir keretanya itu berdekatan hentian bas awam berkenaan.Duduk menyandar malas sambil menunggu si suami sejak tadi.
Mengelamun sehingga tidak sedar cermin tingkapnya diketuk beberapa kali.

Lock kereta dibuka.Lalu Ilya menguak pintu mahu turun.

"You drive." ujar Ilya pendek.

"Erk..I mana reti bawak kereta ni." ujar Khair dengan mata terkebil-kebil

Melihat gerangan isteri yang berjalan menonong masuk ke bahagian penumpang sebelah sana.

"Belajar la." ujar Ilya tenang sambil memakai seat belt.

Khair mengaru kepala yang tidak gatal lalu masuk melangkah dan duduk di kerusi pemandu Audi berkenaan.

"You nak i jadi driver you pulak ke sekarang?" Tanya Khair. Sambil melihat lama dashboard kereta berkenaan.Mahu meneliti dulu sebelum bawa.

Risau nak bagi signal terbuka wiper pula nanti.

"Tak,i letih nak drive.Jalan la,sama je macam kereta lain.Bukan kapal terbang ni." ujar Ilya melihat lelaki itu sekilas lalu tersenyum senget.

Lalu Khair dengan keyakinan secebis kulit bawang, mula memandu perlahan keluar dari kawasan hentian bas berkenaan. Hati-hati betul cara pemanduannya itu.

"Kenapa balik kampung naik bas?" tanya Ilya hairan.

"I tak larat ride la,jauh.Letih." ujar Khair perlahan.

"You takda kereta?" tanya Ilya dengan dahi berkerut.

"Kena tarik bank." balas senada.

"Tak ambil semula?duit hari tu tak cukup?" mahu tahu.

"Dah.Tapi kena repair. Ada dekat bengkel." ujar Khair masih fokus memandu. Gugup hatinya,tak pernah bawa kereta mahal.

Ilya mengangguk faham.

"Pergi Pavi dulu,selepas tu baru pergi rumah mama I." ujar Ilya sambil sibuk dengan Ipad di riba. Sambung kerjanya. Sengaja suruh lelaki itu memandu.

"Okey..ermm..I nak tanya sikit boleh?" Ujar Khair serba salah.

"Hm apa?" tanpa mengangkat wajah.

"You cakap perkahwinan ni ada syarat je kan?syarat tu termasuk kena rahsiakan ke tak?i belum bagitahu keluarga i pasal ni?" ujar Khair perlahan.

Masih serba salah dan risau.Bila balik kampung melihat wajah mak dan abahnya makin buat hatinya sebu kerana membuat keputusan belakangkan kedua orang tua itu.

"Pasal tu..You tak kisah ke nak bagitahu family you pasal i.I agak you baru putus tunangkan?tak terkejut ke family you nanti?" tanya Ilya pula.

"Mana you tahu i putus tunang?" Khair sudah berkerut dahi.Terkedu.

"You ingat i buat tawaran dengan you kosong ke tanpa tahu tentang diri you Encik Khair Nafiz." ujar Ilya tidak beriak.

"Oh..." balas Khair sepatah.

Tiba-tiba otaknya kosong.

Maksudnya dia tahu semua pasal aku la kan...

"I tak tahu perkahwinan ni akan bertahan berapa lama.Tapi i okey je kalau you nak kenalkan i pada family you,kalau you tak kisah pasal hal kemudian hari nanti,I tak nak bagi harapan dan berharap.Kita tak kenal.Dan i kahwin dengan you sebab nak larikan diri dari plan mama i sahaja."Ujar Ilya tenang.

Sambil memandang reaksi lelaki di sebelahnya itu.Nampak seperti hari pertama dia melihat lelaki itu di kedai makan dulu.

Bersih.BerTshirt dan jeans lusuh.Topi di kepala.Wajah bersih tanpa kumis cuma berjanggut sedikit.Kening tebal. Warna kulit sedikit gelap.Hitam manis.Tinggi.Tubuh nampak kurus tetapi tegap dan berotot.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang