⭐ BAB 42 ⭐

18.7K 678 41
                                        

Melangkah deras di dalam hospital Gleneagles itu dengan detak jantung bagai nak gila.Masih berbaju kerja dengan safety shoes di kaki. Menuju ke wad yang diberitahu Aria tadi dengan langkah sedikit kalut.Pintu wad dikuak perlahan.

"Babyy."Sapa Khair melangkah ke katil Ilya.

Dah tak tengok sekeliling dah.

"Okey tak?" soal Khair cemas. Melihat lengan yang berbalut itu sedikit cuak.

"Okey..sikit je ni."Balas Ilya mula duduk menyandar di katil.

"Errr..aku balik dulu la."Celah Fakir tersengih.

"Weyy!sorry tak perasan kau." Khair mula bangun.Bersalam dengan sepupu Ilya itu.

"Yela,orang nampak baby dia je.Mana nampak aku yang pokok ni."Ujar Fakir sendu.

Lalu ketawa keduanya.Sejak Ilya bernikah agak jarang mereka berjumpa.

"Aku risau la.Tak sempat tengok kiri kanan dah."

"Ye faham,aku blah dulu.Apa-apa rojer la nanti,lepak minum-minum ke."

Khair cuma mengangguk sambil memandang lelaki itu berlalu.

"Apa jadi ni?"Tanya Khair kepada Aria pula. Mulai serius.

"Waktu melawat kilang tadi,ada pekerja unstable dan mabuk.Puan kena serang."

"Serang?guna apa?Dah tu orang tu dekat mana sekarang?" Soalnya tak puas hati.

"Err pisau,dah ditahan pihak polis."

"Macam mana boleh lepas masuk kalau mabuk?security tidur ke?guna pisau??"  Khair sudah berkerut dahi. Bertalu soalannya.

"Ada la orang yang akan siasat nanti tu.Aria, awak boleh balik dulu."Celah Ilya terus

"Okey. Saya agak puan akan mc lama."Ujar Aria sedikit risau kerana mesyuarat dengan lembaga pengarah semakin dekat.

"Takpe,saya okey ni.Sikit je,masih boleh bekerja."

"Berapa jahitan tadi ni?" Khair mencelah.

"Tu..juh." Balas Aria takut-takut.

"Tu..juh." Membulat mata Khair.

"Abang tak benarkan kerja,selagi luka tu tak elok." Ujar Khair tegas.

Ilya dan Aria berpandangan.

"Saya minta diri dulu." Aria mula berlalu keluar.

"Sakit tak?" lalu tangan yang berbalut itu Khair usap lembut. Leka menilik balutan yang ada.

"Sakit sikit la."

"Abang risau.Ni ada yang serius tak?"

Masih ralit mengusap lengan Ilya.Tapak tangan juga ditilik lama. Terlihat sedikit luka.

"Tak serius,cuma luka tu dalam sikit.Tak sempat elak." Ilya menarik nafas panjang. Teringat semula kejadian sewaktu melawat kilang tadi. Mujur sempat bergelut,  jika tidak pisau yang dipegang lelaki itu tersusuk ke bahagian dadanya.

"Mujur la tak kena tempat lain."Gumam Khair dengan wajah berkerut. Risau

"Abang tengah kerja lagi ni,nanti habis kerja baru datang sini.Lya okey ni." Ujar Ilya serba salah bila suaminya itu muncul waktu kerja begini.

"Tak,abang emergency leave jela ni.Kerja dah tak penting sekarang,baby lagi penting."

Masih berbabykan bini dia.Susah dah nak ubah.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang