Melangkah di kaki lima itu menuju ke lot bangunan dua tingkat dihujung sana.Usai sampai pintu kaca ditolak perlahan.Kelihatan ramai umat manusia di dalamnya sedang menunggu giliran untuk membuat urusan perbankan.
Terus Khair ke kaunter pertanyaan di sisi bank berkenaan bertanyakan urusan yang mahu di selesaikan.Hampir satu jam urusan mengambil semula keretanya itu mahu di selesaikan.Masih perlu menunggu beberapa hari untuk keretanya diambil semula.
Selepas dikira jumlah keseluruhan tunggakan dan baki pinjamannya dan baki wangnya Ilya beri.Khair buat keputusan untuk langsaikan pinjaman keretanya yang berbaki setahun lima bulan lagi itu.
"Dah tak payah pikir nak bayaq hutang kereta lagi dah.Lepas ni hang kena juai diri la khair Nafiz." gumam Khair sendirian.Risau kadangkala dengan fikirannya ini.
Menapak keluar dari bank berkenaan mahu mendapatkan motosikalnya.Helmet di ambil dan dipakai,enjin dihidupkan.
Mahu berlalu sempat melihat ke belakang.Saat itu terpandang kedai emas dihadapan sana.Lalu duduk seketika di atas motornya.
"Nak nikah takkan la takda cincin.Takkan semua benda dia siapkan untuk aku." gumam sendirian sambil terfikir-fikir.
Lalu motosikal ditongkat semula.Turun dan melangkah ke kedai emas di bangunan sebelah sana. Sempat di kira-kira baki duit yang dia ada saat ni.
Disebabkan kos rawatan Haji Arshad sepenuhnya digunakan duit Ilya, jadi simpanannya untuk kos itu masih disimpan Khair.
"Guna sikit buat beli cincin,takkan nak pakai duit dia bagi kan.Teruk sangat tu." ujar Khair saat berjalan mendekati kedai emas berkenaan.
Lalu masuklah seorang khair Nafiz ke dalam kedai emas berkenaan di petang hari begini.
Deretan cincin dilihat,ada yang kecil ada yang besar ada yang murah ada yang mahal.Pilih sahaja yang mana mahu.
"Mau beli untuk apa? Wedding?." tanya Tauke kedai itu.
"Haah untuk kahwin." jawab Khair dengan senyuman.
"I suggest ni side." jawab tauke Cina itu sambil menunjukkan deretan cincin berbatu.
Saiz jari dia berapa??adehh..
Khair melihat lama deretan cincin-cincin berkenaan.
Orang tua-tua kata,kalau berjodoh jari kelingking laki sama dengan jari manis perempuan...boleh la kut pakai cara ni.Hantam saja.
"Kasi ambik yang tu." tunjuk Khair pada satu cincin berbatu sebutir dan ada batu kecil di sebelah kiri dan kanan batu tengahnya.
Selepas diambil lalu Khair menyarung di jari kelingkingnya.Tak muat.
"Ermm kecik la..nak saiz besar sikit, design macam ni ada tak?" tanya Khair lalu menyerahkan semula cincin itu.
"Sekijap i tengok." ujar Tauke itu perlahan lalu mencari cincin yang sama di deretan cincin-cincin itu.
"Ermm sudah habis saiz besar,Lu mau ini jugak?kalau mau kita boleh buat baru kasi you." tanya Tauke kedai itu.
"Takpa,i mau cepat.Nanti I cari lain.You kasi tunjuk saiz besar sikit dari itu.Mana satu..." ujar Khair sambil melihat deretan cincin-cincin itu semula.
"Sini bawah,design saiz besar sikit la.Yang atas sini semua kecik punya." ujar Tauke itu sambil jari ditunjuk ke arah cincin berkenaan.
"Ambik yang last sebelah kanan tu." ujar Khair sambil jari di tunjukkan di atas meja kaca berkenaan.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
