Melihat gerai tepi jalan tu meriah dengan pelanggan.Ilya melangkah dan duduk sendirian di kerusi plastik yang ada.Sengaja singgah selepas balik dari rumah Datin Rubittah tadi.
Kelihatan Khair ralit berbual di dapur kabin sana bersama temannya yang sedang memasak.Sesekali membantu.
"Oder." Sapa seorang remaja.
"Emm..nak megi goreng telur mata satu dengan milo ais,boleh mintak Abang Khair masakkan tak?." tanya Ilya lalu tersenyum.
"Boleh,kejap saya cakap special request." Balas Asraf tersengih.
Ilya cuma tersenyum melihat remaja itu berlalu.Telefon diambil,ralit berbalas pesanan dari Fakir.
"Amboi hilang terus ye sejak menikah" dihantar dengan emoji muka marah
"Busy la,bukan hilang.Aku ada sini,kalau free datang sini."Balas Ilya berserta emoji sengihan dengan gigi lalu lokasi kedai ini diberikan sama."
"Harini busy..esok-esok." cepat dibalas Fakir.
Lalu meletakkan telefonnya itu dimeja.
Matanya melihat Khair memasak,sesekali Khair melihat ke arahnya.
Seketika..
"Tak cakap pun nak datang sini." Sapa Khair saat meletakkan makanan untuk Ilya dan airnya sekali.Mula duduk temankan Ilya.
"Saja singgah,dah lalu dekat sini.Kenapa oder lain dapat lain?"
"You belum makan nasi,beria nak megi malam-malam.I bagi you makan nasi."
Sengaja tukar oder isterinya itu jadi nasi putih,sup campur dengan telur dadar.
"Mana you tahu i belum makan nasi?Tapi i nak megi." Cemberut juga bila yang dipinta jadi lain sekarang.
"I tahu la,i boleh agak." balas Khair selamba.
"Dah.Makan je ni.You dah tua,kena jaga kesihatan." sambung Khair lagi
"Amboiii..betul-betul special ni,siap pesan jaga kesihatan." ujar Ilya mulai ketawa.
Mula makan tanpa banyak songeh lagi.
Sebab lapar.
"Haah..budak tu cakap special request,i kena bagi special dengan extra effort la ni." Ujar Khair mula tersenyum.
"You dah makan?."sambil mengunyah perlahan
"Dah,I duduk sini asyik makan je.You yang kena makan lebih.Kecik sangat."
Sempat air Ilya diteguk suka hati dia.
"Itu air i." ujar Ilya dengan dahi berkerut.
"Kongsi la.suami ni." Balas Khair selamba.
Sengaja buat sedut milo ais Ilya lama-lama.
Biar bibirnya di straw itu juga lama.
"I segan makan sorang,buka mulut cepat." Ujar Ilya lalu mahu disuapkan Khair sama.
Khair yang melihat cuma terkedu.
"Cepattt.Tumpah nanti." Ujar Ilya dengan mata dibesarkan.
Sengaja paksa.
"You sayang i tak?." Soal Khair tiba-tiba sambil makan sama.
"Tak." balas Ilya pendek masih makan sesekali disuap Khair.
"Dah tu apa pasal manis sangat harini,
siap suap-suap i lagi.You nampak diorang tu tengah gelakkan i." Ujar Khair dengan wajah cemberut.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
