⭐ BAB 30 ⭐

19.8K 676 87
                                        

Mata terpisat-pisat dibuka bila kelihatan cahaya terang dari siling..

"Lupa tutup lampu." Gumam Khair mula bangunkan tubuh dan duduk bersila di atas katil.Meraup wajah dan rambut.Sekilas dilihat ke pintu gelangsar biliknya itu.

Hujan!

Kedengaran sedikit guruh berdentum. Terus dia bangun kalut.Sempat dilihat jam dinding sekilas.

12.30 tengah malam.Pintu bilik dikuak cepat, melihat pintu bilik yang tertutup rapat di hadapan biliknya itu.Berjalan ke situ,tombol pintu dipulas. Kepala dijenguk ke dalam sedikit.
Kelihatan Ilya tidur berbungkus dengan comforter.Bilik agak suram dengan cahaya lampu meja sisi.

Khair masuk melangkah,lalu pintu ditutup.

"You okey?" Sapa Khair dengan suara serak baru bangun.

Kelihatan comforter itu bergerak-gerak.
Lalu perlahan comforter diselak sikit,
timbul kepala Ilya dari sana.

"Guruh,I takut."

"I temankan you tidur la." Khair mula melangkah ke katil Ilya.

"Jangan nak cross bantal i lagi." Sempat diberi amaran. Sedikit tegas nadanya.

"Nak teman ke tak ni?" Omel Khair dengan muka sememeh baru bangun.Suara juga serak. Tak cukup rehat kerana kerjanya banyak.

"Teman je." Ilya betulkan comforternya.Lalu bantal golek panjang diletakkan di tengah antara mereka.Kedengaran guruh kuat sesekali.Ilya menekup bantal di wajahnya lalu masuk ke dalam comforter semula.

"Kalau asyik menyorok macam ni, you tak boleh hilangkan takut you tu."gumam Khair perlahan.Mula baringkan tubuh.Bantal golek ditolak perlahan ke bawah.Mula masuk sama ke comforter Ilya.

"You buat apa ni huh??" terkejut bila kepala dan wajah lelaki itu terjenggul begitu di depan mukanya.

"Nak temankan you la.Baring elok-elok.
Ada abang Khair temankan ni." Ujar Khair dengan sengihan walaupun mata melayu mengantuk.

Ilya mula baringkan tubuh semula.
Berselubung dalam comforter keduanya.

Khair cuma kepalanya yang masuk manakala kaki tertinggal di luar.Sedikit mengiring.Mula selesakan diri.

Kedengaran surah Al Fatihah dibaca Khair perlahan dan lembut dengan mata tertutup.Layan kantuk.

Ilya pula cuma mendengar dan mula baring mengiring memandang lelaki itu.Mendengar surah yang dibaca itu dengan hati yang mulai tenang,walaupun kadangkala sedikit terkejut bila guruh kedengaran.Selepas satu surah disambung satu surah  lain.

"Kenapa you takut guruh?" Soal Khair selepas sudahkan Surah Ad Dhuha.

Kelihatan Ilya cuma termenung jauh.

"Hm apa tadi?" tanya Ilya perlahan masih blur. Mula menarik comforter turun,bila terasa panas.Mengiring dan berpandangan.

"Kenapa you takut guruh?" Ulang Khair lagi.Mata dipaksa untuk dicelikkan.

"Datin Rubittah pernah tinggalkan i dekat taman permainan sendirian,waktu tu i umur lapan tahun.." masih termenung jauh.

"Tinggalkan???" Mahu terkebil-kebil mata Khair. Terkedu.

"Haah,dia ajak i pergi taman.Dia suruh i main sampai i lupa diri, pastu tinggalkan i dekat situ."  Jawab Ilya masih mengelamun.

"Lepas tu???" Bukaan matanya sudah cerah sekarang.

"Lepas tu...hurmm.i kena tinggal la.Dah tidur sekarang."Balas Ilya mula menutup mata.

"Benda tu jadi kenangan buruk you dan terbawa sampai sekarang??" Tanya Khair perlahan.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang