THIRD
⭐ ILYA X KHAIR ⭐
Selepas kematian Datuk Baharudin,
Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru.
Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
Duduk menyandar di kerusi bahagian penumpang Porsche Cayenne itu sambil matanya melihat susuk tubuh yang mulai melangkah dan naik menunggang motosikal itu.
"Kau carikan maklumat pasal lelaki tu." pinta Ilya pada PA tipu-tipunya itu.
"Kau nak buat apa ni Lya?" tanya Fakir dengan dahi berkerut.
Selalu dapat arahan carikan maklumat mengenai persaing untuk business dan company.Ini hari,arahan cari maklumat pasal orang yang jauh dari hal sepatutnya.
"Cari jela.Aku nak tahu je."
Sejak mendengar perbualan lelaki itu tadi,dia jadi teringin mengetahui lebih lanjut.
"Okey..okey aku cari.Kau jangan buat benda pelik-pelik dah la.Mak kau hijau nanti." balas Fakir masih mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Biar la Datin tu dengan hal dia.Aku muak la. Hantar aku balik.Dah lewat ni,mengantuk la." ujar Ilya sambil menguap perlahan. Sudah letih tetapi lapar tadi.Singgah makan sambil mendengar drama sebabak di meja belakangnya.
"Okey..jom balik.Esok jangan lupa,4 pagi kena gerak dari sini.fight kau pukul 6." ujar Fakir sambil memandu keluar dari petak parking.
"Iya baik.Thanks Fakir miskin yang belum kaya kesayangan Ilya Umara." ujar Ilya sambil tersengih.
"Miskin-miskin jangan sebut..aku rompak kau nanti Lya." balas Fakir bengang. Dia kaya kut cuma kena jadi kuli Ilya pasal kesian je ni.
Fakir Adha itu bukan sahaja driver dan bodyguard bagi Ilya.Fakir juga merupakan sepupunya yang paling rapat dan sahabat baiknya selama ini.Boleh di kategorikan sebagai abangnya juga.
Dengan Fakir sahaja dirinya menjadi diri sendiri dan boleh menunjukkan berbagai emosi.Jika dengan orang lain selalu nampak beku,dingin dan sombong.
Ilya Umara di kenali sebagai wanita tegas dan sombong.Jadi dia biarkan dirinya dilabel begitu supaya tidak dibuli oleh orang lain.Biar dirinya tidak injak dan di mainkan.
Kehidupan seharian sudah cukup berat dengan berbagai kerenah manusia.Jadi Ilya tidak mahu sifat orang lain mempengaruhi dirinya, kehidupannya dan suasana hatinya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Balik daripada Hong kong masuk bekerja seperti biasa.Duduk dimeja kerjanya itu melihat lama skrin komputer dengan dahi sedikit berkerut.
Melihat rekaan beberapa jenis perabot untuk disuai padankan dengan jenis material yang mahu digunakan.
Hasil kerja dari beberapa pekerja disemak semula Ilya,sebelum di beri arahan kepada kilang.
Kedengaran pintu diketuk dan dikuak. Terjenggul wajah Fakir dari luar dan ikuti Aria dari belakang.