THIRD
⭐ ILYA X KHAIR ⭐
Selepas kematian Datuk Baharudin,
Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru.
Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
Mencelikkan matanya perlahan-lahan, melihat sekilas wajah yang tidur di sebelahnya sejak awal pagi tadi.
"Mujur la belum bangun."Sempat ibu jari naik mengelus lembut pipi Ilya.
"I agak i nak jadikan you,isteri i betul-betul sekarang." gumam khair perlahan.
Mula bangunkan tubuh perlahan-lahan,risau kena sepak kalau Ilya terjaga dan nampak tubuh mereka dekat begini.
Melangkah keluar ke bilik air,mandi bersiap mahu subuh.Siap-siap dengan t-shirt dan kain pelikat,dilihat Ilya masih tidur.
"Nak kejut ke tak?" masih terfikir-fikir.Lalu di atur kaki keluar sahaja.
"Belum mampu nak tegur,pelan-pelan la." gumam Khair sendirian. Keluar ke ruang tamu,dilihat Hajah Kalsom dan adik-adiknya sudah siap mahu berjemaah.Beberapa hari semua solat asing dek kerana rumah mereka ini penuh dengan barang-barang kenduri.
"Ilya tak ikut?" tanya Hajah Kalsom saat tolak kerusi roda suaminya mahu Haji Arshad duduk di kerusi untuk solat.
"Uzur." balas Khair sambil kening diusap perlahan.
Khair mula berdiri tegak.Lalu imamkan solat subuh mereka berenam di ruang tamu rumah.
Ilya pula mulai bangun saat terdengar azan subuh agak kuat dari surau tidak jauh dari sini. Bangunkan tubuh perlahan-lahan.Dilihat ke bawah,tiada Khair.Wajah dan rambut diraup perlahan.Rambut panjang disanggul kemas.
Mula bangun mahu mandi.Tuala diambil, sempat suis lampu ditekan biar cerah seluruh bilik ini.Pintu dikuak.Dari jauh kedengaran sayup bacaan surah Al Fatihah dibaca. Ilya menjenguk ke ruang tamu.Lalu berdiri di belakang ahli keluarga yang sedang solat itu.
Melihat dan mendengar suara lelaki itu imamkan solat subuh.Terpana hatinya seketika.Melihat keluarga harmoni ini,Ilya cemburu.Cemburu kerana dirinya tidak pernah merasa begini.
"Kau kena ingat yang kau nikah dengan dia sampai urusan dengan Datin Rubittah selesai,Ilya." bisik hatinya perlahan.
Masih dikebalkan hati,tidak lupa pada tujuan asal mereka bernikah.Walaupun melihat Khair Nafiz itu punya cukup sifat sebagai seorang suami namun hatinya masih belum mahu dibuka. Takut pada perkahwinan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Duduk di pangkin bertiga dengan mak dan abah Khair.Manakala empat beradik itu sedang sibuk memancing di parit berdekatan bendang.