⭐ BAB 35 ⭐

18.6K 639 28
                                        

Menyelusuri jalan mahu sampai ke kampung Garis Satu itu perlahan.Sambil sesekali tangan Ilya dikucup sesuka hatinya.

"You ni dari rumah sampai ke kampung duk cium tangan i dah kenapa?"Tanya Ilya dengan dahi berkerut mahu ketawa pun ya juga.

"I suka bau you."

Padahal dah angau dengan bini.Dari rumah mereka sampai ke sini jari mereka ditautkan,
cuma sesekali dilepaskan.

"Bukan-bukan betul perangai."Ilya menurunkan cermin tingkap di sebelahnya.

Terlihat sawah bendang terbentang luas di tepi jalan itu.Matanya melihat leka permandangan itu, tampak sawah di sana hijau sedikit kekuningan.

"Ni kalau selisih orang kampung satgi mau radio buruk sebar berita cepat ni baby." Ujar Khair lalu mengeluh perlahan.

"Kenapanye?"masih ralit melihat keluar sana

"Kita patut balik bawa kereta i je tadi."  kepala yang tidak gatal Khair garu.

"Kereta mana pun sama je la.Ada empat tayar juga."

"kereta api ada banyak tayar baby." sengaja sakat.

"You turun sekarang,jalan kaki."Ujar Ilya geram.

Kedengaran Khair ketawa sambil memandu mahu sampai ke rumah orang tuanya.

"You memang duduk sini dari kecik ke?"soal Ilya. Cermin tingkap dinaikkan semula. Terasa membahang.

"Tak,family i pindah balik sini waktu i dah naik sekolah menengah.Kenapa?" Khair membelok mula masuk ke jalan mini tar mahu ke rumah Haji Arshad.Dari jauh terlihat Hajah Kalsom berbual dengan jiran yang datang mengambil tempahan barangkali.

"Ohh..ingatkan memang asal sini."

"Kampung asal abah memang dekat sini,
tapikan abah kerja government.Jadi pindah merata.Waktu pindah balik sini,abah dah nak dekat pencen,terus la duduk sini tak pindah-pindah.Kira kampung je dekat sini tapi i tak membesar dekat sini pun."

"Ohh fahammm..." kepala Ilya terangguk faham.

Khair memarkir kereta Ilya itu bersebelahan kereta Haji Arshad.

"Dah sampai.Baby sayang sikit,upah drive jauh."Pinta Khair saat membetulkan urat badannya yang lenguh kerana memandu jauh.

Ilya yang mahu membuka pintu kereta mula kalihkan tubuh semula.

"Boleh,nak sayang dekat mana?" Sengaja dilayankan

"Dekat pipi la,satgi mak i nampak malu." Ujar Khair tersengih lebar. Mula dekatkan pipinya kepada Ilya dengan senyuman dan riak wajah bahagia bagai sinar mentari.Sempat dibetulkan cap di atas kepala biar senang kena cium nanti.

"I ada penampar.You nak tak?."Lalu di tunjukkan tapak tangannya.

"Oh takpe,tak jadi.Terima kasih baby,i sayang you." Terus Khair larikan diri. Pintu kereta dibuka kalut.

"Tahu takut."Ilya tersenyum melihat lelaki itu kalut berlalu.

"Makkkk..i love you." suara Khair riuh, lalu memeluk emaknya erat.Sempat di kucup dahi emaknya bertalu-talu.Mujur jiran tadi sudah berlalu balik.

"Menantu mak mana?"Tanya Hajah Kalsom kalut ke menantu dia.

"Mak,ni chek anak mak.Awat mak tanya menantu dulu."Mula cemberut bila maknya lebihkan Ilya sekarang.

"Along satgi-satgi la mak tengok."Ujar Hajah Kalsom mencari menantunya dulu.

"Amboiii,biasaa dia tu."Ujar Khair lalu tersenyum.Lega bila maknya mula berbaik dengan Ilya.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang