Kelihatan gerai makan di tepi jalan itu meriah bila anak muda dari taman berhampiran duduk melepak sambil makan dan minum.
"Kau serius ke nak makan sini?" Soal Fakir untuk kali ketiga.
Risau bila sepupunya yang jarang makan di gerai tepi jalan begini mengajak menjamu selera hari ini.
"Serius.Jom la cepat,lapar ni." Balas Ilya sambil betulkan hoodie di tubuhnya. Rambut juga di ikat kemas.Harinya bila cuma berseluar track suite dan berselipar jepun di kaki. T-shirt lengan pendek di dalam terlindung dek hoodie pink kelabu di luar.
"Kau ni pelik jela perangai sekarang.Kau nak stalk mamat haritu ke ni?" tanya Fakir mula menguak pintu Mercedes benznya.
"Tak,aku cuma nak tengok kehidupan dia." balas Ilya tidak beriak. Sejak tempoh hari, otaknya sering di datangi imbasan lelaki itu.Tak tahu apa sebabnya.
"Yela tu." ujar Fakir mula berjalan beriringan dengan Ilya.
Duduk di labuhkan di kerusi plastik. Tangan di letakkan di atas meja bulat itu. Sambil mata Ilya melihat keadaan sekeliling gerai kecil ini.Gerai kabin.
"Oder..." ujar lelaki itu.
"Ada apa ya?" tanya Fakir
"Ada masakan panas nasi goreng-goreng.
Mee,Bihun,Koew teow goreng.Sup pun ada." balas Khair ramah.
"Kau nak apa Lya?" tanya Fakir pada Ilya.
"Nak nasi goreng ikan masin tak nak pedas dengan teh ais." Ujar Ilya pantas sambil jari membalas pesanan whatsapp dari Hessa.
Sudah lapar dari tadi.Jadi tekaknya sudah di programkan makanan apa yang dimahukan saat ini.
"Buat dua la.Nasi goreng ikan masin juga.yang saya nak pedas.Teh ais sama." balas Fakir pada Khair.
"Okey,tunggu kejap." ujar Khair mengangguk dan mula berlalu.
Kedengaran lelaki itu mula menyebut oder tadi semula pada tukang buat air.Kelihatan cuma mereka berdua di kabin itu.
Khair berdiri seketika di pintu masuk dapur kabin berkenaan.Apron di ambil dan dipakai lalu di ikat kemas,Sempat rambutnya yang sedikit panjang di ikat.Kelihatan seperti bun.
Ilya melihat lelaki itu ralit dari kejauhan.
"Tengok sikit je dah la.haishhh." ujar Fakir mula ketawa.Sejak tadi dilihat sepupunya itu.
"Ishh kau ni,terkejut la." balas Ilya geram.
Melihat lelaki itu memasak.Sedikit kagum bila melihat seorang lelaki memasak.
"Abang Ir berapa ringgit?" kedengaran laungan dari meja anak muda yang berkumpul di bawah pokok tadi.
"Kau makan apanya?" ujar Khair masih ralit mengoreng nasi.
Kelihatan tangan kekarnya lincah memegang sudip dan pemegang kuali besar itu. Ilya masih ralit melihat setiap perilaku lelaki itu walaupun sedikit terlindung dek dinding kabin.
"Teh o ais empat,milo ais dua.Mee goreng lima, nasi goreng Pattaya satu." ujar pemuda tadi sedikit kuat.
"65.50..Letak atas meja nanti abang kutip." ujar Khair sedikit kuat bila bunyi geseran gorengan di depannya mulai bising.
Ketung ketang!
Siap dihidangkan.Lalu melangkah menghantar ke meja Ilya dan Fakir.
"Terima kasih.Apasal kalut sangat?" tanya Fakir sengaja ramah.
"Tak cukup orang.Sorry lambat sikit." ujar khair dengan senyuman.Mula melangkah ke meja anak muda tadi.Mengutip pinggan dan cawan serta duit yang di tinggalkan tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomansaTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
