Melangkah ke bilik selepas sesi jejak kasih bersama Haji Arshad selesai.Jari mereka ditautkan erat saat masuk ke bilik.
"Kenapa ni?"Tanya Ilya hairan bila ditarik masuk ke bilik.
"You banyak rahsia dengan i,duduk sini cerita sekarang.I nak tahu semua." Khair balas dengan dahi berkerut. Terasa dirinya tidak berguna kerana tidak tahu apa-apa pasal isteri sendiri.
Mula duduk di birai katil,lalu menarik Ilya duduk di ribanya.
"Uishh takutnya."Sakat Ilya sengaja. Sambil tersengih.Melihat leka wajah garang Khair yang seakan tidak berpuas hati dengannya.
"I serius ni Ilya Umara." Tajam matanya melirik wanita itu.
"Ye tahu serius,tapi dah malam ni.Kita dah nak balik esok."
"Cerita dulu.Apa jadi waktu tu?Kenapa you sorang diri waktu jumpa abah."soal Khair hairan. Rangkulan di pinggang Ilya dikemaskan.
"Kan i pernah cakap Datin Rubittah pernah tinggalkan i sendirian dekat taman permainan. Waktu itu la hari i jumpa abah you." Lengan naik ke leher Khair, dirangkul kemas.
"Papa you mana waktu tu?"
"Outstation.Selalu i ikut papa ke mana-mana. Haritu tak,sebab esoknya i ada exam dekat sekolah.Datin Rubittah tak benarkan i ikut papa. Mak dengan pak Yas balik Nilai." Bual Ilya sambil mengingati kenangan lalu.
"I terhutang budi dengan abah sebab tolong i haritu. Bukan cuma hantar i balik,tapi sempat bawakan i pergi klinik untuk ubatkan kaki i yang luka sebab terpijak kaca." Ilya bersuara lagi.
"I ada banyak sebab untuk bencikan Datin Rubittah dan itu salah satunya. Disebabkan haritu, i takut guruh." Nafasnya dihela panjang.
"You kena cerita semuanya pada i sekarang.I nak tahu semua yang you simpan dekat sini."
Sambil satu jari ditekan di dada Ilya. Di daerah hatinya.
"I cerita atau tak,takkan ada yang berubah pun Encik Khair.Baiklah kita tidur." Ilya mahu bangun tetapi ditahan Khair.
"I agak,mama you dah buat lebih dari sekadar tinggalkan you.I agak kebencian you pada dia bukan sedikit."Ujar Khair mengagak.
"Ya..tak mungkin sikit.Tapi i tak nak hidup dalam kebencian yang terlalu dalam.I kena hidup juga walaupun i bencikan dia setiap hari walaupun dia mama kandung I."Balas Ilya tenang.
Lalu menolak tubuh Khair hingga terbaring ke katil, kemudian naik menindih tubuh tegap itu.
"Yo..yo..you nak buat apa ni baby?i tak ready."Ujar Khair tergagap.
Ah sudah..tengah serius ni ajak berkasih sayang pulak..
"Ehh..bukan you suka ke kalau macam ni?"
"I..i..Suka.Tapi kita tengah mood serius ni baby."Ujar Khair dengan mata terkebil-kebil. Tangan masih merangkul pinggang Ilya.
Ilya tersengih.
Usik sikit dah gelabah...
Lalu dialihkan tubuhnya ke katil dan baring.
Khair cuma mampu melihat Ilya begitu.
"I ingat you nak "lead" malam ni."Ujar Khair dengan sengihan.
"Otak you ni kuning betulkan.Baring la sini elok-elok.I nak baring bukan nak goda you, perasan betul." Mula menepuk bantalnya lalu baringkan tubuh dan selesakan diri.
Kelihatan Khair bangun menutup lampu dengan sengihan.
"Kenapa tutup?" Ilya gugup.
"I nak biasakan you dengan gelap."balas selamba. Baringkan tubuh bersebelahan Ilya.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
