THIRD
⭐ ILYA X KHAIR ⭐
Selepas kematian Datuk Baharudin,
Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru.
Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
Sejak tadi kedengaran riuh rendah suara berbalas kata.Suasana malam yang sepatutnya makin sejuk mulai membahang kerana suami isteri itu berperang mulut.
"Dah kantoi you pandai larikan diri.Kenapa you takut i bunuh bini baru you tu ke huh??" pekik Datin Rubittah mulai baran.
Sejak dua minggu lalu Malek hilangkan diri dan tak balik ke rumah.Bini muda turut dibawa sama.
"I tak lari,i outstation lah.You nak bising-bising sangat kenapa?I tambah isteri je bukan buat benda tak senonoh belakang you."Ujar Malek senada.Masih selamba.
"Serius Malek?you kawen lain tanpa persetujuan i pun?melampau tau.Sudah la i dah banyak habiskan duit pada company you.Ini yang you balas pada i?Macam ni you cakap you sayang i?" Bengang bila ingatkan duitnya yang terbang beratus ribu pada dua beranak itu.
Anak cara anak.Bapak cara bapak.
"I tak perlukan persetujuan you pun Ruby. Kenapa i nak minta izin kalau i tahu yang you tak kan setuju dan meroyan macam sekarang."Balas Malek. kemeja di tubuh dibuka dan dicampakkan ke dalam bakul.
"I tak buat benda yang salah.I masih suami you macam yang you nak bertahun dulu.I tunaikan janji i nak bernikah dengan you.Ini yang you nak,i dah bagi.Jangan nak banyak bunyi sangat Rubittah."Lalu melangkah ke bilik mandi. Tinggalkan bini yang sudah serupa singa lapar saat ini.
"Hishh..sakit hatii."Bentak Datin Rubittah. Melangkah turun ke tingkat bawah dengan telefon di tangan.Dilekapkan di telinga.
"Hello,aku ada kerja untuk kau.Nanti aku sent details."Datin Rubittah bersuara dingin kepada gerangan di sana. Kemudian ditamatkan panggilan berkenaan.
"Kau nak main dengan aku Malek.Baha pun tak pernah sakitkan hati aku macam ni."Gumam Rubittah termangu seketika.
Kenangkan semula perkahwinannya bersama Datuk Baharudin.Lelaki itu walaupun tidak cintakan dirinya seperti Arwah Mashittah tetapi tidak pula menyakitkan hatinya dengan hal melibatkan wanita lain,atau berperangai buruk selama mereka berkahwin.
Malek yang dikenali selama berbelas tahun pula perangai seperti malaun hantu laut.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dia berjalan sambil tayang raut wajah dingin seakan tiada riak seperti selalu.Di belakangnya ada Aria dan bodyguard tipu-tipu selalunya iaitu Fakir.
"Kau jangan nak buat bukan-bukan Lya.Khair hempuk kepala aku dengan helmet nanti ni."Ujar Fakir sedikit risau bila sepupunya itu seru dirinya awal pagi tadi.
Dengan kelam kabut dia menapak ke Lesmara seawal 8 pagi dan sekarang mereka bertiga sedang berjalan acah gengster di pejabat M.K enterprise ini.Kilang bebola ikan Malek
"Eh..eh..puan nak kemana?"
Sempat mereka ditahan penyambut tetamu yang mejanya di sisi pintu masuk pejabat Malek itu.