⭐ BAB 34 ⭐

18K 565 31
                                        

Duduk di ruang tamu bertiga selepas makan malam bersama. Raut wajah ketiganya kelihatan tegang dan bermasam muka sesama sendiri.

"Mika ke mana?berapa hari daddy cari tak dapat,ofis pun tak masuk."soal Malek kepada anak lelakinya itu.

"Adalah,Mika pergi healing kejap.Ni ada apa daddy panggil Mika datang sini?" Balasnya dengan wajah bosan

Jika boleh dia mahu membuat hal sendiri dan manjakan teman wanitanya.Hal keluarga ini sudah malas mahu diambil tahu.

"Daddy panggil sebab tak nampak Mika banyak hari.Mika okey ke ni?"Agak risau kerana Mikail satu-satunya anak yang dia punya.

"Okey je la.Mika kalau boleh dah tak nak ambil-ambil hati Lya lagi.Mika nak buat hal Mika.Jadi stop suruh Mika berbaik dengan Ilya.Dia dah Kahwin.Biar la dia mama,you dah dapat bahagian you pun."Ujar Mikail perlahan sambil menyandar malas sambil memandang emak tirinya itu

"It's okey kalau Mika dah tak nak,mama tak paksa.Tapi balik la ke sini jenguk daddy Mika,mama tak kan suruh Mika dekat dengan Lya lagi.Mama tahu Mika ada someone special sekarang.Just go on."Ujar Datin Rubittah lembut.

Sudah tak mahu susahkan anak tirinya itu.Hal Ilya mahu dibiarkan sekarang. Beberapa bahagian harta milik Baharudin perlahan ditukarkan ke atas namanya itu sudah baik.

"Okey,thanks Ma.Mama kena terima la menantu kerja pasar Mama tu seadanya.
Mika nak gerak balik sekarang.Mika jumpa daddy dekat ofis je nanti." Mikail mula bangun.

Sempat dipeluk daddynya.Malek dan Rubittah cuma memandang lelaki itu berlalu pergi.

"Ling..I sampai harini tak faham,kenapa you tak berbaik dengan Lya.I agak kalau you berbaik dengan dia dari awal semua harta Baha tak la susah you dapatkan." Malik hairan dengan dua beranak itu.

"Kenapa i nak baik,i tak nak dia pun selama ni.
You tahu i kahwin dengan Baha sebab mak ayah i paksa.Ada anak dengan dia pun i tak rela."Ujar Datin Rubittah perlahan sambil ingatkan semula kenangan lama.Perjalanan menjadi isteri dan duduk di rumah ini sungguh menyeksakan hatinya.

"Tapi gamak you sampai dera dia,i dengar you pernah tinggalkan dia betul ke?" Soal Malek mahu tahu.Hanya orang terdekat yang tahu hal ni, kerana Datuk Baharudin tak benarkan hal ini tersebar dan menjadi bualan umum.

"You tahu bila i buat dia,i rasa puas hati.Hati i sakit bila ingatkan Baha cuma tidur dan jadikan i isteri dia sebab muka i sama dengan Mashittah.I benci hal tu."Ujar Datin Rubittah dingin. Raut wajahnya tegang menahan marah.

"Tapi dia anak you?darah daging you.You tak pernah ke sayang dia sedikit pun?"

Terasa diri seorang Rubittah itu sangat keras dan tidak berhati perut. Tergamak memperlakukan anak kandungnya sebegitu.

"Lepas i lahirkan dia,i tak pernah uruskan dia pun.I tak pernah susukan dia,waktu mengandungkan dia banyak kali i cuba gugurkan.Tapi budak tu still kuat nak jugak hidup dan lahir,tengok diri i yang tak inginkan dia ni.Dan bila dia lahir you tahu kebencian i makin banyak bila muka dia saling tak tumpah dengan Baha."Ujar Datin Rubittah merengus kasar. Benci sungguh bila teringatkan hal itu.

"Kalau you tak suka kenapa tak minta cerai dari Baha?Kenapa nak tahan lagi walaupun mak ayah you dah meninggal." mahu berbual mengambil hati.

"Dia letakkan syarat kalau i minta cerai,i takkan dapat sesen dari duit dia.You ingat i boleh hidup kalau tak ada duit dari dia.I tahan sebab duit Baha je selama ni." Ujar Datin Rubittah dengan senyum sinis.

Kedengaran Malek mengeluh.

"You tak nak buang kebencian you pada dia ke Ruby?Dia satu-satunya anak yang you ada?Kita dah tua untuk ada anak bersama."Ujar Malek sedikit memujuk.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang