⭐ BAB 46 ⭐

17.6K 645 30
                                        

Masuk melangkah kelihatan suaminya itu berdiri tegak di ruang tamu. Terlihat wajahnya tegang.

"Assalamualaikum."Sapa Ilya perlahan.

"Waalaikumusalam." alihkan tubuh mengadap Ilya.

"Kenapa ni?" Soal Ilya.

"Buat apa harini?" Terus ditanya.

"Buat apa?" terkerut dahi Ilya. Hairan.

Khair hela nafas panjang. Melangkah mendekati Ilya.Lalu dua tangannya Ilya diambil.

"Ni kenapa?" Tanya Khair sambil buku lima tangan kanan Ilya yang sedikit kemerahan diusap perlahan. Memandang tangan runcing isterinya itu leka walaupun garis tegang di wajahnya masih belum surut.

"Owh tu,tersepit pintu." Balas tenang.Diri sendiri pun tak sedar hasil tumbukan pada pipi Malek tinggalkan kesan itu.

"Jangan nak membohong sangat boleh?" Tajam matanya memandang Ilya.

"Maaf..Errr... Tertumbuk Malek kejap tadi.Tapi sikit je ni,takde yang serius." Ilya tayang sengihan janggal.

"Tumbuk??amboii..." Gumam Khair terjungkit keningnya.

"Abang marah?"Tanya polos kerana melihat wajah lelaki itu masih tegang.

"Marah.." Khair jawab sepatah. Terdiam sejenak.

"Kalau jadi apa-apa macam mana?Kalau takde Fakir macam mana?lupa diri ke ni?tak sedar ke tengah pregnant sekarang." Terus Khair membebel kerana hatinya risau tak boleh dibendung. Semua diketahui hasil dari menggertak Fakir dan Aria.

"Tak lupa,tapi sikit je ni."

"Sikit ke banyak,kan bahaya.Tangan pun baru je baik m.Abang marah sebab risau.Tahu tak abang buat kerja dengan jantung macam nak gila harini." Khair bersuara dingin.  Wajahnya masih tegang.

"Sorry sebab belakangkan abang." Mulai serba salah.

"Boleh tak lain kali kalau nak buat apa-apa cakap dengan abang.Jangan rahsiakan apa pun.Kenapa hal Malek abang langsung tak tahu? Abang malu bila kena tanya orang lain pasal isteri sendiri."

Terus Khair berlalu naik ke bilik. Tidak mahu marahnya berlarutan dan dilepaskan kepada Ilya.Terasa dirinya belum berguna bila belum mampu buatkan isteri sendiri berharap dan menjadi orang yang dipercayai.

Masuk ke bilik mandi mahu redakan hatinya yang membahang sejak pijak lantai rumah sekejap tadi.Sempat berbual dengan Fakir dan dikorek rahsia dari Aria sementara menunggu Ilya pulang ke rumah. Memang sejak tadi dia menahan rasa hati.

Ilya yang melihat tingkah suaminya begitu mula serba salah.Lalu keluhan dihela panjang.

"Kena pujuk la ni..." Menutup pintu utama. Terus kakinya melangkah naik ke bilik,duduk di birai katil menunggu Khair keluar dari bilik air sana.

"Abangg." terus dipanggil bila melihat Khair.

"Tak payah cakap sekarang,pergi mandi dulu.Nanti turun makan."

Masih mengelak untuk bercakap.Masuk ke ruang closet mahu memakai baju.Ilya yang tak betah suaminya begitu mengikut dari belakang.

"Lya minta maaf..tak sengaja ni."Ujar Ilya perlahan.Memujuk.

Kelihatan suaminya itu cuma membatu.
Menyarung t-shirt di tubuh,lalu kain pelikat disarung dengan wajah toya.Tuala diambil lalu rambut basahnya dilap perlahan.

"Abanggg.." Mula lah suara sendunya kedengaran.

"Hmm." Gumam Khair sambil tuala disidai kemas. Sikat diambil,lalu rambutnya disikat tanpa hiraukan suara mendayu Ilya.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang