⭐ BAB 40 ⭐

22.1K 637 39
                                        

Dua hari tak nampak Ilya di depan mata,
terasa mahu sasau dirinya ini.Duduk termenung di kerusi selepas inspection.
Dua rakan kerjanya turut sama melangkah mahu duduk.

"Kau kenapa Ir?sendu je,muka macam bini lari." Sapa Johar yang duduk disebelahnya.

"Makan tak basah,mandi tak kenyang la abang wayangmen kita sehari dua ni." Celah Ajib pula.

"Mana ada apa la,sibuk je." Cemberut

Telefon dipoket seluar diambil.Ruang aplikasi WhatsApp perbualannya dan Ilya dilihat.
Terakhir kali mereka berbalas pesanan cuma malam tadi.

Babyyy..windu...

Mula la muka macam cekodoknya terbias semula.

"Cuti tak approve,kena tinggal la sendiri dekat sini.Esok bini balik minta upah banyak sikit Ir."Ujar Ajib tersengih

"Jib,apehal tu?" Soal Johar sambil bibir terjuih ke arah Khair.

"Kena tinggal bini la bang,minta cuti..cuti tak lepas.Tu la macam cekodok je tu." Ujar Ajib berbisik dengan Johar.

"Orang kata,sayang laki tinggal-tinggalkan baru rindu-rinduan nanti Ir."Ujar Johar lalu ketawa.

"Okey je ni,jom la cari makan."Ajak Khair

Mula bangun jaket biru ditubuh dibuka, tinggal uniform kerja sahaja.Ajib dan Johar juga sama,melangkah bertiga mencari makan tengahari.

"Makan luar la."Ajak Johar lalu kunci kereta di ambil.

"Nasi ayam gepuk.Jib belanja."Ujar Ajib mula masuk ke ruang bahagian penumpang belakang.

"Kau belanja,kami Onzzz."Ujar Johar mula tersengih.Khair cuma mengangguk.

Sampai di restoran ayam gepuk waktu tengahari begini,memang penuh rakyat jelata sedang menjamu selera.Duduk bertiga,berbual sesekali sambil makan.

"Aku ingat nak sambung master la."Ujar Khair tiba-tiba.

"Rajin ke?kerja macam ni sempat ke study?" Tanya Johar

"Rajin tu ada,sempat tu la takut tak sempat."

Masih terfikir-fikir hal ni sebenarnya.
Kenangkan adiknya Rissa cuma berbaki setahun lagi untuk habiskan pengajian,
terasa dirinya perlu usaha untuk sambung cita-citanya pula sekarang.

"Kalau belum ada anak boleh je kut.Aku ada member yang sambung sambil kerja, susah sikit la.Kau dah bosan jadi engineer ke apa ni?nak tukar bidang." Soal Johar lagi

"Rasa nak tukar bidang,tapi masih fikir-fikir lagi." Lalu termangu

Terfikir pula bila Johar sebut "anak" tadi.

Bila nak ada anak..sedia ke belum?

Lalu termenung seketika.Melayang memikirkan Ilya Umara.

Kena bukak-bukak meja bincang,balik dari Dubai nanti....

"Kau punya (Ir) pass ke tak?"celah Ajib pula.

"Pass..saja tak nak menayang."Ujar Khair dengan sengihan tetapi semua atasan mereka sudah tahu perihal ini.Tingkat gajinya sudah berubah sejak bulan lalu.

"Wah tahniah,sekarang dah boleh panggil Ir.Khair Nafiz la." Senyum lebar diberikan

Tahu mahu dapatkan (Ir) itu bukanlah mudah.

"Sign dia laku la sekarang."Ujar Ajib terangguk kepalanya.

Khair cuma tersengih.

Khair cuma tersengih

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang