Berjalan sendirian sambil hujan lebat membasahi diri.Di atas sana langit gelap seakan malam walaupun masih petang hari.
"Mamaaa." raung Ilya sambil kaki kecilnya berjalan perlahan tercari-cari mamanya Datin Rubittah sejak tadi.
"Kenapa tinggal Lya dekat sini." gumam Ilya sendirian dengan tangisan mendayu.
Takut.
Teringat pada papanya makin lebat air mata yang turun.
"Kenapa tak bagi Lya ikut." ujar Ilya dengan sedu sedan.
Papanya keluar bekerja ke luar daerah, selalunya Ilya akan ikut sama. Namun minggu ini adalah minggu peperiksaan.
"Papa,Lya nak ikut papa." ujar Ilya saat melihat papanya memasukkan pakaian ke dalam luggage.
"Tak boleh ikut sayang.Mama cakap Lya ada exam kan minggu ni." pujuk Datuk Baharudin lembut.
"Tapi Lya nak ikut,Mak dengan Pak Yas takda papa." ujar Ilya dengan suara mulai bergetar.
"Papa pergi sekejap je sehari.Esok papa balik." pujuk Datuk Baharudin lagi. Risau juga mahu tinggalkan Ilya dengan Datin Rubittah berdua.
"Papa janji tau balik cepat." ujar Ilya lalu jari kelingkingnya diangkat.
"Ye janji." balas Datuk Baharudin sambil jari kelingking mereka di tautkan erat.
Berjanji.
Datin Rubittah melangkah masuk ke bilik,mahu menghantar suaminya itu.
"Dah siap?" tanya datin Rubittah senada.
"Dah..you tengokkan Ilya elok-elok."Ujar Datuk Baharudin serius.
"I tahu la." balas Datin Rubittah sedikit merengus. Lalu berjalan keluar turun ke bawah.
"Bye papa." ujar Ilya sambil melambaikan papanya itu dengan hati yang berat.
Selepas dua jam pemergian papanya Ilya turun ke dapur mahu makan.
"Mama,Lya lapar." ujar Ilya takut-takut
"Kejap." balas Datin Rubittah yang duduk di sofa ruang tamu. Bangun lalu sendukkan nasi untuk Ilya.
"Duduk,makan sampai habis.Lepas tu naik mandi dan bersiap.Kita keluar sekejap nanti." ujar Datin Rubittah dengan wajah garang seperti selalunya.
Ilya cuma menurut,takut jika mamanya marah.
Usai makan,Ilya yang berusia lapan tahun bangun dan mencuci pinggannya sendiri.Naik ke bilik lalu mandi dan bersiap cantik-cantik.
Mamanya tidak suka Ilya selekeh dan tidak kemas.
"Mama Lya dah siap." ujar Ilya saat mengetuk pintu bilik mamanya itu.
"Tunggu dekat bawah." laung Datin Rubittah kuat.
Selepas satu jam.Mereka tiba di kawasan taman permainan berdekatan pantai.
"Pergi main,mama nak jumpa orang." ujar Datin Rubittah saat mereka keluar dari kereta.
"Boleh ke Lya main?" tanya Ilya serba salah.
Selalunya Mamanya tak benarkan Ilya main dengan orang lain di tempat begini.
"Pergi,hari ni Lya bebas." ujar Datin Rubittah mula duduk di kerusi batu.
Ilya yang teruja mula berjalan perlahan ke arah taman permainan itu,dilihat kanak-kanak sebaya dirinya ramai di sana. Berjalan perlahan dan mula bermain bersama.
Leka.
Tidak pernah ada kawan ramai.Bila ada yang berbual dan bermain bersama,Ilya lupa diri dan seronok.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
