"Baby..i nak pergi surau kejap,solat dekat sana."Ujar Khair saat masuk ke bilik baru siap mandi.
"Okey.." Masih sibuk mencari baju di dalam bagasi yang tidak dikemaskan.
"Ke you nak ikut i?" Soal Khair yang sudah bersiap dengan baju melayu dan kain pelikat.
Sesekali matanya memandang Ilya yang duduk di lantai.
"Tak nak la,segan." Mula bangun dengan tuala di tangan.Ikatan rambutnya mulai dibuka.
"Nak peluk sikit boleh tak?buat bekal.." Sengaja lah Khair nak bermanja-manja dengan bini.
"Nak pergi solat, sempat tu nak minta-minta lagi."
"Yela,dari siang you kedekut dengan i.I rindu baby i ni." Khair menarik Ilya dekat padanya.
Dipeluk erat. Dahi putih bersih Ilya di depan matanya juga dikucup sekilas.
"You memang manja macam ni ke?" tangannya membalas pelukan lelaki itu.
Dari siang, dia tahu lelaki itu sibuk uruskan Haji Arshad.Bawa ke klinik dan pulang semula selepas beberapa jam kerana abahnya perlu di drip dan dimasukkan air.
"I manja dengan you je la.Nanti keluar dari bilik ni i kena kuat untuk mak,abah dan adik-adik i.I pinjam la semangat you sikit." Masih eratkan pelukan.Selalu kuatkan diri untuk orang lain,sesekali dirinya juga perlukan semangat.
"Ni nak peluk berapa lama ni?I bau bawang dah ni."
Cub memahami keadaan suaminya itu.
Belakang badan Khair diusap perlahan.
"Biar laa,bawang pun i sayang.Terima kasih sebab cuba duduk di keadaan yang you tak biasa.Suami you ni sangat menghargai usaha you untuk duduk di celah family i."Ujar Khair lembut. Lalu dahi Ilya dikucup lama.
Terharu bila melihat Ilya mahu dan faham keadaan bila perlu duduk dan bermasyarakat dengan Hajah Kalsom.Membantu dan berbual walaupun dirinya faham yang wanita itu tidak selalunya begitu dengan kebanyakan orang.
"I cuba sebab i tahu mak you tak sinis dan pandangan serong pada i.Jadi i cuba sesuaikan diri dekat sini.I tak nak kena palau sebab kerek nanti."
Padanya Hajah Kalsom itu senang kawtim dan mudah memahami.
"I harap you suka mak i dan family i,kita boleh kongsi mak kalau you nak.I tak kedekut."Ujar Khair lalu meleraikan pelukan sedikit,pinggang Ilya masih dirangkul.
Saling berpandangan.
"Iye ke tak kedekut ni?Kalau i pinjam mak you nanti I tak nak pulangkan macamana?"Sengaja menduga.
"Takpe,I okey je kalau kita kongsi.Kalau you nak ambik terus pun takpa.Mak i mak you jugak baby." Tersenyum Khair, senang hati.
"Okey..nanti jangan jealous kalau mak you sayang i banyak."
"Tak jealous,kalau mak i sayang you banyak.I mintak you sayangkan i banyak jugak." kemain tersengih dengan muka nakalnya itu
"Dah! i nak pergi mandi sekarang,risau pulak tengok muka macam tu." Cepat mahu larikan diri,risau melihat Khair tersenyum macam kerang busuk begitu. Tahu akalnya.
"Upah la sikit baby." Masih mengeratkan rangkulan di pinggang Ilya.
"Upah apa pulak?takdak-takdak.." Ujar Ilya cemberut mahu lepaskan diri.
"Sikit je.." Lalu diambil sendiri upahnya. Lambat kalau minta-minta.Bibir Ilya ditindih lembut.
"You lambat,i ambik sendiri." Lalu ditindih sekali lagi semahu hatinya dan kemudian berlalu pergi kalut.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
