⭐ BAB 14 ⭐

14.7K 611 24
                                        

Duduk dikerusi plastik itu sambil menyuap mee sup perlahan.Sambil matanya melihat sesekali tubuh tinggi itu kesana ke sini sibuk bekerja di malam hari begini.

Suasana gerai makan tepi jalan ini masih meriah dan bising dengan pelanggan kalangan anak-anak muda.

"Sorry busy sikit." ujar Khair mula duduk semula. Sejak tadi dia bangun duduk bangun duduk.Tak sempat berbual panjang.

"Takpe aku faham." ujar Fakir perlahan. Melihat wajah lelaki itu lama.

"Kau kenapa tengok aku macam tu?" tanya Khair dengan dahi berkerut. Sempat air sirap limaunya tadi di teguk perlahan.Dahaga.

"Berapa sepupu aku bayar kau?"

"Sepupu mana kau ni?" tanya hairan. Sudah lupa.

"Ilya Umara.Bini kau kan sekarang?dia tu sepupu aku."

"Erkk.. Sorry lupa." balas Khair sambil mengingati semula pertemuan mereka di sini tidak lama dulu.

"Berapa dia bayar kau?Aku tahu hal sebenar,baik kau terus terang." ujar Fakir seakan mengugut.

"Aku taknak cakap hal tu.Itu antara aku dengan dia."

"Jadi betul la dia bayar kau?Aku dah agak.
Perempuan ni gila la."gumam Fakir sambil mengusap dahi.

"Aku terdesak.Dia offer.Aku tak boleh elak. Kalau aku mampu,aku tak terima idea dia jugak." ujar Khair sambil mengelamun.

"Kenapa kau terima?kau dah jumpa mak dia."tanya Fakir sedikit risau.

"Abah aku sakit.Dah jumpa."

"Aku tak tahu la apa kena dengan korang berdua.Cuma aku harap jangan nak mainkan perkahwinan sebab hal tak masuk akal." ujar Fakir seakan dapat menghidu perancangan mereka berdua itu.

"InshaAllah tak." balas Khair tidak beriak.

Dia juga berharap begitu.Namun semua keputusan di tangan Ilya.Dia cuma mengikut kerana dia dibayar untuk semua ini.

Dia cuma mengikut kerana dia dibayar untuk semua ini

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Khair balik ke rumah hampir jam sebelas malam.Disebabkan rumah Ilya ini jauh dari tempat kerjanya, memang masanya lari banyak sejak duduk di sini.

Masuk melangkah kelihatan lampu masih terpasang. Kelihatan Ilya tidur di sofa dengan kertas kerja banyak di meja.Laptop terpasang.
Kak Nono pula cuma datang waktu pagi dan pulang selepas maghrib sejak Khair ada di sini.

"Bangun.."ujar Khair lembut sambil bahu Ilya ditepuk beberapa kali perlahan. Kelihatan mata itu terpisat-pisat mahu dibuka.

"ish..terkejut la." gumam Ilya lalu terinjak sedikit badannya ke belakang bila wajah mereka sangat dekat saat Khair menundukkan wajah begitu.

"Bangun la,kenapa tidur sini?" tanya Khair mula berdiri tegak semula.

"Tertidur.Ermm..esok ada dinner rumah pakngah I, you boleh freekan masa you tak lepas maghrib." tanya Ilya dengan suara serak baru bangun. Mula bangun dan duduk.Lalu rambut panjangnya disanggul kemas.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang