Khair memarkir kereta itu elok di garaj banglo Datin Rubittah ini.Dari jauh kelihatan kereta mamanya ada disitu.
"Dah sampai,jom turun."Ajak Khair mahu bukakan pintu.
"Kita singgah je kan?"
Tidak betah mahu bermalam di sini jika hubungan dengan mamanya belum pernah baik.
"Ye singgah,jenguk mama kejap.Sayang jangan risau abang ada ni." Pujuk Khair untuk kali ke berapa tak tahu la.
"Ye ye tahu."
Lalu keduanya mula melangkah ke pintu utama.
"Guna kunci ke tekan loceng?"
"Tekan loceng la,ada bibik ni." Balas Ilya mula meraup rambutnya.Diikat kemas.
Melihat sekeliling laman banglo itu lama.
Masih sama seperti selalu.Rumah tempat dirinya membesar selama ini.
Loceng rumah ditekan Khair.
Seketika kedengaran pintu dikuak.
"Lya..." Sapa Datin Rubittah perlahan.
"Datin."Khair ikut menyapa.
"Kenapa tak guna kunci?masuk la."Ujar Datin Rubittah wajahnya cuma di bias seperti selalu.
"Lupa bawa,kenapa panggil balik ni?" Tanya Ilya terus. Khair cuma mengikut dari belakang.
"Duduk la dulu,mama tengah masak." terus Datin Rubittah melangkah ke dapur.
Ilya yang melihat wanita itu cuma berkerut dahi.
Masak???
"Ir boleh tolong." Khair pula tanpa segan silu mahu beramah. Ikut melangkah ke dapur.Ilya pula cuma mengikut mereka berdua itu.
"Tak pernah-pernah masak,you kenapa ni?" Tanya Ilya hairan.
"Nothing,cuma rasa nak masak.Mak Jenab dah balik kampung,bibik pergi me time." Balas Datin Rubittah mula menumis bawang.
Khair pula sudah kelihatan mengupas bawang yang diletakkan siap di atas kabinet.
"Nak guna berapa banyak ni?" Khair tanya.
"Kenapa you buat?ni kan kerja perempuan." Suara Datin Rubittah menyoal. Berkerut keningnya.
"Laki pun boleh juga buat kerja dapur.Ir potong bawang tapi Ir masih lelaki,lelaki ke perempuan tak ada beza Datin.Berapa banyak nak guna?"Balas Khair tenang.
Letih nak betulkan mentaliti sesetengah manusia yang rasakan kerja dapur kerja golongan wanita.
"Dua bawang merah,bawang putih lima." Balas Datin Rubittah cuma membiarkan lelaki itu membantu.
Ilya pula mula duduk dan melihat keduanya itu dengan dahi berkerut dan mata terkebil-kebil.
Ini pelik...
"Ini nak goreng?" Tanya Khair saat sudahkan kerja bawangnya tadi,melihat pula kubis yang sudah dipotong.
"Goreng." Balas Datin Rubittah memasukkan ikan tenggiri ke dalam rempah yang sudah kelihatan pecah minyak.
"Ir tolong." Khair berlalu mengambil kuali dan panaskan.
Datin Rubittah cuma melihat lelaki itu sesekali.
Ilya pula makin berkerut dahi bila melihat dua manusia itu bertingkah tenang dan bekerjasama saat ini.
masakkk sama-sama pulak.....
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
