⭐ BAB 54 ⭐

16.8K 629 38
                                        

"Kenapa tiba-tiba nak duduk sini ni hm?" Tanya Ilya mula berjalan melihat sekeliling bilik berkenaan.

Luas.

"Saja la ubah angin.Lagipun kita tak pernah honeymoon sayang." Sambil mengikut Ilya sama.

Melihat ruang mandi kelihatan ada kolam renang di sana.Lalu pintu gelangsar dibuka,balkoni juga diletakkan sofa untuk bersantai di situ.

"Tapi tak ada baju ni,dah sehari tahu pakai ni abang." Ujar Ilya mula berdiri berpandangan dengan suaminya itu.

"Pasal tu,senang jela.Abang balik la kejap ambik baju kejap lagi.Sayang duduk la rehat dulu.Anak abah ni pun dah letih berjalan ke sana sini harini.Abang tak nak sayang letih sangat."

Sambil perut Ilya diusap perlahan.

"Boleh ke macam tu?Itu la tak nak plan, dah buat banyak kali kerja." Omel Ilya

"Boleh,apa pun boleh ni.Yang tak plan ni lebih bermakna kadang-kadang sayang." Balas Khair mula dudukkan Ilya ke birai katil.

"Iye lah abang sayang." Jam ditangan dilihat sekilas. Hampir jam lima petang.

"Okey,rehat dulu abang balik rumah kejap ambik baju." Lalu baringkan Ilya mahu selesakan isterinya itu.

"Mujur rumah tak jauh dari sini.Ambilkan telekung sekali abang." pinta Ilya lega dapat luruskan tubuh saat ni.

"Iye sayang."

"Baby..abah balik kejap tau.Teman ibu dekat sini,apa-apa hal call abah cepat.Jangan nakal-nakal dalam sana,kesian ibu dah letih ni." Berbual dengan anaknya seketika.

Duduk di birai katil sempat diusap perut lalu dahi Ilya dikucup sekilas.Berlalu balik ke rumah saat isterinya mulai tertidur.

"Kenapa pakai cantik-cantik ni?" Tanya  hairan melihat dress yang dibawa suaminya itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Kenapa pakai cantik-cantik ni?" Tanya  hairan melihat dress yang dibawa suaminya itu.

"Kita nak dating sambil candle light dinner sayang.Kan ke honeymoon ni." Ujar Khair lalu dipakai dress itu kepada Ilya.Dikemaskan sedikit.

Ilya cuma tersenyum.

Memang sejak sekarang baju pun suaminya yang pakaikan kadangkala.

"Macam pelik je ni,baik cakap betul-betul ada yang special ke harini?" masih hairan.

"Harini tak ada yang special.Hari jumaat je sayang,esok sabtu lusa ahad." Balas tersengih

Cepat dicubit perut suaminya itu sedikit,
geram bila dimainkan begitu.

"Sakit la ibuuu.Betui takdak yang special harini,tapi saja nak specialkan harini untuk baby besar ni.Kita sibuk selalu,tak sempat bercinta kadang-kadang."  lalu kemeja disarung ke tubuhnya.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang