THIRD
⭐ ILYA X KHAIR ⭐
Selepas kematian Datuk Baharudin,
Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru.
Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
Berjalan sendirian di kawasan parking bertingkat pasaraya besar itu sambil menolak troli yang penuh dengan barang-barang yang dibeli.Bonet kereta dibuka lalu satu-persatu barang di dalam troli tadi diambil dan dimasukkan ke dalam bonet.
Siap.Lalu troli ditolak ke tempat yang dikhaskan.
"Kau Helena?"
Kedengaran suara menyapa di belakangnya. Alihkan tubuh lalu berdiri berpandangan.
"Datin." Sapa Helena sedikit gugup. Tahu yang di depannya saat ini adalah madunya.
"Kau minta maaf untuk apa huh!??" Suara nyaring Datin Rubittah mulai naik.
"Saya minta maaf sebab bernikah dengan suami Datin." Balas Helena takut-takut.
"Berapa lama kau kenal dia?"
"Enam tahun." Takut-takut Helena memandang wanita sebaya ibunya itu.
Kelihatan Datin Rubittah mengangguk kepalanya sedikit.
"Kau rasa kau sayang Malek?dan Malek sayangkan kau?" Soal Datin Rubittah. Sejak beberapa hari lalu dia mula dialihkan kemarahannya kepada cara yang berlainan.
"Saya sayangkan Malek.Tetapi saya agak suami kita bukanlah seorang lelaki yang baik dan setia. Saya tahu Malek ada simpan banyak perempuan lain juga."
"Aku agak kau pun masuk perangkap sebab janji manis dia je."
Terasa kebodohannya dan Helena sama.
"Saya terpaksa terima Malek,sebab dia ugut nak berhentikan saya.Saya ada banyak tanggungan di kampung Datin.Saya tak rela kalau cuma jadi perempuan murahan sebab tu saya bagi pilihan pada Malek untuk bernikah. Saya minta maaf sebab terpaksa buat keputusan macam tu."Dirinya juga tersepit.Tingkat gajinya lebih dari kebanyakan syarikat lain tawarkan.Di kampung ada dua atok dan nenek serta ibubapa yang uzur mahu disara. Mahu atau tidak dia terpaksa menerima Malek walaupun hatinya tidak terlalu mahu.
"It's okey,aku agak aku dah tak perlukan lelaki tu sebagai suami aku sekarang.Kau boleh ambik dia." Datin Rubittah mula berlalu.
Sejak semalam di fikirannya sudah mula muak menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak tahu menghargai. Masuk ke perut kereta. Kedengaran telefonnya berdering.
"Ye saya."
"Okey baik."
Panggilan daripada balai polis. Memaklumkan penangkapan ke atas suaminya itu.
"Elok la kau duduk je dekat celah besi tu.Cium besi-besi je lepas ni."Gumam Datin Rubittah tidak beriak.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.