Duduk di meja kerja di pejabatnya itu sambil beberapa dokumen dan fail disemak perlahan.
Ada beberapa hal yang memerlukan tandatangannya segera.Jadi Ilya menapak ke sini sendirian kerana suaminya mulai bekerja semula.
Diam-diam datang ke sini, Lesmara.
"Ini last kena sign.Ermm..pasal kes kelmarin pihak polis nak jumpa puan." Aria bersuara.
"Pasal apa?kenapa tak HR yang uruskan?"
"Ada maklumat lain yang diorang dapat. Diorang minta puan ke balai."Ujar Aria berbisik.
"Saya agak suspek diupah seseorang untuk buat macam tu."Bisik Aria lagi
"Siapa?Awak tahu?"
"Tak,polis nak jumpa puan.Sulit."
"Okey faham. Esok awak ambilkan dokumen dekat ofis Datuk Shafie untuk saya then pass terus pada saya kemudian." pinta Ilya lalu menghela nafas panjang. Melihat lengannya sejenak. Masih sakit.
"Baik puan.Meeting rabu depan macam mana?Boleh datang ke puan?atau nak tunda?mc puan 10 hari." soal Aria sambil planner kerjanya diambil. Jadual kerja wanita itu dilihat semula.
"Saya tak nak tunda,nanti banyak hal lagi.
Boleh je ni,tak perlu tundakan." Jawab Ilya mulai bangun dari duduknya.
"Okey baik.."
"Awak boleh uruskan sesuatu untuk saya tak?Saya agak tak sempat kalau saya nak buat sendiri." pinta Ilya mula teringat sesuatu.
"Boleh,apa puan?"
"Tolong inform pihak Mishtam,saya nak minta uruskan majlis tahlil dan kesyukuran dekat rumah saya ahad nanti.." baru teringat hal kenduri yang dibincangkan semalam.
"Owhh..Okey boleh."
"Inform pakngah saya dan ahli lembaga pengarah sekali,saya agak ini jela waktu yang sesuai saya kenalkan suami saya.Tak sempat dah nak buat wedding besar-besaran." bual Ilya sesekali bibirnya leretkan senyuman.
"Ye fahamm.Boleh puan,ditanggung beres."
Balas Aria ikut tersenyum sama.
"Dan last one,minta Azaman ke kedah ambilkan keluarga mentua saya datang sini esok pagi."
pinta Ilya lagi bila terkenangkan Haji Arshad yang begitu mahu dibawa dalam perjalanan jauh. Lebih baik pemandu Lesmara ambilkan.
Risau mahu biarkan Hajah Kalsom memandu ke sini.
"Okey baikk." Aria mengangguk faham.
"Saya gerak dulu.Apa-apa hal inform saya Aria.
Sementara waktu ni minta pihak HR tutup cerita hal serangan yang jadi tu. Saya tak nak sampai pada uncle Tahir dan uncle Ilyas,
banyak soal mereka tu nanti.."
"Baik puan,hati-hati.Saya agak Bazli masih ikut puan sekarang." Bual Aria berbisik.
"Arwah Datuk minta dia buat macam tu. Saya tak tahu kontrak mereka berapa lama." Ilya termangu sejenak. Teringatkan lelaki bernama Bazli itu.
"ini untuk kebaikan puan. Arwah Datuk tahu ada orang yang akan ancam keselamatan puan selain Datin."
Selama beberapa tahun mengikut Ilya. Dia faham keadaan perhubungan anak beranak keluarga Datuk Baharudin ini. Rumit! Yang paling rumit si Datin itulah.
"Harapnya semua okey,saya pergi dulu."
Aria cuma mengangguk dan memandang bosnya itu berlalu. Ilya melangkah masuk ke perut lif lalu telefonnya dicapai kerana telefon itu berdering. Terus digesek butang hijau dan dilekapkan ke telinga.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
