THIRD
⭐ ILYA X KHAIR ⭐
Selepas kematian Datuk Baharudin,
Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru.
Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
Duduk bermalasan di kerusi dan meja kerjanya ini sambil mata fokus ke skrin komputer di hadapannya.Sedang meneliti rekaan grafik produk baru keluaran Lesmara.Hari cuti begini pun sibuk dengan hal kerja.
"Bosan la hidup kau ni,cuti pun mengadap kerja tak sudah." Gumam Ilya perlahan.
Seketika ralit dengan kerja-kerjanya itu. Kedengaran pintu biliknya diketuk kuat.
"Youuu..."laung Khair Nafiz kuat,
Ketukannya pula seakan tiada hari esok kuatnya itu,mujur pintu itu guna kayu mahal. Jika tidak pasti roboh.
"Babyyyyy." panggil lagi meleret.
"Nak apa pulak la dia ni." gumam Ilya geram.
Masuk kali ini sudah tiga kali pintunya diketuk. Lepas balik jogging ajak sarapan sama. Tengahari tadi ajak makan tengahari.Semua dimasak lelaki itu.Dan sekarang apa pula la nak di ajaknya.
Bangun perlahan dengan wajah bosan.Pintu dikuak,terjenggul wajah Khair dengan senyuman terpaling manisnya itu.
"Hm nak apa?" Soal Ilya masih berdiri di pintu.Pintu pun di buka kecik je,muatkan kepalanya saja.
"Jom keluar." Ajak Khair sambil pintu bilik itu dipegang sama.Satu tangan di sandar ke birai pintu.
"Taknak,i banyak kerja." Balas mahu tutup pintu. Tetapi ditahan Khair.
"Kejap.Jom la keluar pergi dating." ujar Khair lagi mula melangkah mahu masuk ke bilik Ilya.
"Stop sana." Sambil berpelukan tubuh melihat lelaki itu lama.
"I nak ajak you keluar je.You tak boleh asyik duduk dalam ni dan buat kerja you yang tak habis-habis tu." Balas Khair sambil berpeluk tubuh sama,bibir dijuih ke arah meja kerja Ilya yang bersepah.
"You nak kemana?" mula berlalu sudahkan kerjanya.
"Pergi cari sesuatu untuk i lapor diri Isnin nanti."melangkah dan duduk di kerusi berhadapan Ilya.Replika berbentuk kapal diambil dan dilihat dekat.
"Shopping la tu kan?" Sudah lama dia tidak tidak kemana-mana. Shopping pun online kebanyakan waktu.
"Lebih kurang.Jom temankan i."Ajak lagi.
Padahal nak ajak bini pergi dating. Luangkan banyak masa sama-sama.
"Kejap.Empat puluh minit,nak mandi dan siap dulu.You keluar." Balas Ilya mula matikan komputer dan mejanya dikemas.
"I boleh mandikan you." ujar Khair tersengih.
Suka menyakat.
"No thanks,i boleh mandi sendiri." balas dengan wajah tidak beriak seperti selalu.
Telefon di lihat sekilas.Lalu mengatur langkah ke ruang closet.
"Baby,you pakai sopan tau.Jangan seksi sangat." Laung Khair saat melangkah mahu ke biliknya.Mahu mandi.
Ilya cuma mendengar laungan itu dengan dahi berkerut.
"Mana ada seksi.Dia tu yang gatal." gumam Ilya sendirian
Lalu bersiap keduanya di bilik masing-masing.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.