⭐ BAB 53 ⭐

16.7K 633 25
                                        

Keduanya masih menjalankan rutin masa seperti biasa.Masih sibuk dengan pekerjaan masing-masing,masih cuba memahami keadaan antara satu sama lain.

Di Lesmara,Ilya masih menjadi ketua kepada pekerja bawahannya.Balik ke rumah bertukar karakter menjadi seorang isteri.

Kaki mengatur langkah mahu balik ke pejabatnya selepas mesyuarat bulanan bersama semua ketua jabatan.Aria mengikut dari belakang.

"Ada apa lagi harini?" soal Ilya.

"Ada meeting dengan Puan Sri Rabiah pukul tiga nanti,lepas pada tu dah free."

"Okey,sekarang tengah production barang apa ya dekat kilang?"

Terus Ilya duduk bila pinggangnya mulai lenguh, sejak kandungan mulai membesar keselesaannya dalam keadaan mana-mana pun mulai berkurangan.

"Ermm.. tengah busy tender perabot sekolah puan.Next schedule order dari hospital."
Aria melihat jadual pergerakan operasi kilang Lesmara di iPadnya.

Ilya cuma mengangguk faham.

"Okey,itu saja untuk sekarang.Thanks Aria."

"Puan okey tak?" Tanya Aria melihat bosnya itu seperti tidak selesa.

"Okey ni.. biasa la dah besar macam ni tak selesa dah." Ilya jawab dengan senyuman.

"Puan kuat jugak ni,boleh jalan merata dengan perut macam ni."

"Dia tahu la ibu dia banyak kerja ni."

Sempat diusap perut yang sudah masuk trimester ketiga sekarang.Sedikit lega bila sejak awal kehamilan tidak banyak ragam dan mudah.

Khair pula sebaliknya,diambil semua alahan dan ragam mengandung padanya.Sampai saat ini usia kandungan masuk ke tujuh bulan pun masih Khair yang melepek setiap hari.

"Ir..kau okey ke ni,nak asam lagi?." tanya Johar mahu ketawa.

"Tak nak dah,sakit perut nanti." Ujar Khair saat habiskan kerjanya.

Alahannya pura-pura hilang dan muncul semula selepas balik dari rumah Datin Rubittah tempoh hari.

"Kau ambil alahan lama betul.Bini dah nak beranak pun belum hilang lagi alahnya." Johar tersengih. Tergeleng-geleng kepalanya.

"Sayang bini la tu." Sakat Ajib pula.

"Bini kena la sayang.Aku nak balik,korang jangan call panggil-panggil lagi.Apa-apa hal settle sendiri nanti." Khair mula bangun.

Dia datang ke sini jam 11 malam tadi bila perlu selenggara segera beberapa bahagian kotak panel dan belum balik ke sampai sekarang.
Sempat dilihat sekilas jam di tangan.

7 pagi.

Mujur sejak sekarang sudah di ambil bibik baru untuk temankan Ilya.Sesekali mak mentuanya datang ke rumah mereka.

Mnapak balik,sempat dia singgah bertemu Pijan di pasar.

"Lama tak nampak kamu ni Ir?" Makcik Salasiah menyapa.

"Ada je,busy sikit.Sihat ke ni?dah nikah baru ke belum?" Sempat disakat orang tua sebaya maknya itu. Nampak sibuk dengan pelanggannya.

"Sihat macam gini la.Tak lalu aku nak menikah dah Ir." Ujar Makcik Salasilah

Khair dan Pijan tersengih.

"Alang-alang kau ada sini,jap aku ambik kau punya untung bulan selepas." Pijan melangkah ke lori kecilnya dan patah semula dengan satu envelope besar. Diserahkan kepada pada Khair seikat duit yang diikat getah.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang