⭐ BAB 29 ⭐

15.5K 589 14
                                        

Melangkah masuk ke bilik mesyuarat pejabat guaman Datuk Shafie itu dengan langkah tenang seperti selalu.Dari jauh kelihatan Datin Rubittah dan suaminya duduk di meja besar yang ada .Keluarga Pakngahnya juga ada di sini.

"Maaf lambat." Sapa Ilya mulai duduk

"Saya agak semua waris sudah ada dan Wasiat Datuk Baharudin boleh bacakan sekarang ini.
Kenapa lepas setahun baru dibacakan?ini kerana permintaan Datuk sendiri,saya cuma menjalankan tugas." Ujar Datuk Shafie sedikit kuat dan jelas nadanya itu.

Ilya cuma duduk menyandar dengan wajah tenang dari awal sehingga habis.

Pembahagian harta yang di tinggalkan oleh Arwah Datuk Baharudin itu boleh di peratus sebagai Ilya mendapat sebanyak 65%, 20% diberikan kepada pakngahnya dan 15% sahaja untuk Datin Rubittah.

"I bantah dengan wasiat tu,you dah baca betul?Tak mungkin Baha cuma beri i kilang kain dan hasil keuntungan dari Lesmara dan banglo tu je.Tak mungkin!!" nyaring suara pekikan Datin Rubittah.Dari duduk, dia mula berdiri sebab tak puas hati dengan wasiat yang di dengar tadi.

"Ini apa yang di pinta oleh Datuk sendiri,tujuh hari sebelum beliau meninggal.Tak mungkin salah Datin dan saya tak pernah buat kerja yang tidak benar dalam pekerjaan saya."Balas Datuk Shafie tenang.Sudah biasa dengan reaksi sebegitu

Datin Rubittah mulai berlalu sambil merengus kasar.Malek cuma ikut dari belakang dengan wajah kemerahan dan bengang.

Baru nak merasa kaya.ceit banglo dengan kilang kain je..puii.

Ilya mula bangun mahu berlalu.Tetapi ditahan Datuk Shafie.

"Kejap,uncle ada hal lain nak cakap dengan Lya.nanti dah siap dengan Ivy jumpa uncle dekat ofis."

"Okey." Balas Ilya. Sempat berbual dengan pakngahnya seketika lalu selesai beberapa dokumen berkenaan wasiat tadi bersama peguam. Kemudian melangkah ke pejabat Datuk Shafie.

"Sorry sebab terpaksa panggil datang sini.Uncle busy lately ni."Ujar Datuk Shafie tersenyum seperti selalu saat memandang Ilya.

"Takpe,Lya faham.Ada apa ni?" Mula duduk di kerusi bertentangan dengan lelaki itu.

"Pasal mama Lya.Lya tahu hal dia pindahkan syer 5% pada Malek?" Dua tangan mula di letakkan di atas meja.

"Dia ada bagitahu Lya pasal tu.Lya agak 5% it's okey no harm for me.Pasal apa yang papa Lya tinggalkan untuk Lya lebih susah untuk diuruskan." Ujar Ilya mula menyandar,dahi diusap perlahan.

Datuk Shafie adalah peguam yang dilantik untuk urusan harta papanya dan segala hal mengenai Lesmara.Peguam keluarga Datuk Baharudin.

"Lya tak kisah hal harta ni,Lya dah penat dan tak mahu berebut.Lya cuma nak Lesmara.Yang lain kalau Datin tu nak, Lya akan bagi pada dia nanti."

"Uncle tak nak cakap apa-apa.Cuma uncle agak kalau buat macam tu pun,mama Lya masih rasa tak cukup.Lya kenal mama Lya."

Selama bertahun berkhidmat untuk keluarga ini yang boleh disimpulkan bahawa Datin Rubittah itu seorang yang tamak.

"Lya kalau boleh tak nak ada kaitan dengan dia lagi." Ujar Ilya dengan keluhan berat.

"Lya tahu papa Lya dah letakkan nama Lya untuk hibah 1.5 juta.Ini mama Lya tak tahu.
Papa Lya minta uncle rahsia kan.Sebab ni Uncle panggil Lya datang."Ujar Datuk Shafie. Mula meletakkan sebuah fail berkaitan hal itu.

"1.5?? Kalau mama tahu mesti gelabah bontot dia ni." Ilya jawab dengan mata membulat. Terkedu.

Kedengaran Datuk Shafie ketawa.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang