THIRD
⭐ ILYA X KHAIR ⭐
Selepas kematian Datuk Baharudin,
Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru.
Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
Mula baringkan tubuh bila kerja-kerja di dapur di selesaikan semuanya.Masih ada baki sedikit cuma,itu akan diselesaikan esok pagi.
Keluhan dilepaskan perlahan-lahan. Melihat tubuh tua di sebelahnya sekilas.
"Awat Som,dua tiga hari ni dok mengeluh semedang?Duit tak cukup ka nak buat kenduri esok-esok ni." Suara Haji Arshad kedengaran perlahan.
Cuma tidur-tidur ayam sejak tadi.Sudah jadi tabiat akan menunggu si isteri masuk tidur bersama.
"Dak aih abang Aji.Som tak tau nak kata lagumana,dok berasa tak sedap hati ni. Dok teringat kan Along."
"Pasaipa dengan dia?Bukan semua elok ka?Hang jangan ikut hati sangat Som." pujuk Haji Arshad lembut.
"Som risau dia dok buat bukan-bukan bang aji.Ishh risau hati ni." ujar Hajah Kalsom sambil beristighfar beberapa kali.
"InshaAllah dak.Kita dah ajaq dia elok dah selama ni.Som doa la hat elok-elok." Mengusap lengan isterinya lembut.
"Som bukan apa risau bila teringat dia bawak balik duit banyak haritu.Baru ni dia bagi duit kat kita pun banyak.Dekat Rina dengan Rissa pun sama.Mana Som tak risau bang.Dia reja market ja,mana mai duit banyak-banyak lagutu." Menghela nafas berat.
Susah hati.
"Nanti dia balik mai tanya la elok-elok. Toksah dok pikiaq banyak sangat satgi darah tinggi,kenduri kemana hang kemana Som.Tidoq la,esok-esok dia balik mai,kita tanya dia.Selama ni kita didik anak-anak kita takdak sorang pun hat reti cakap mohong Som.Kalau kata dia buat salah,dia seniri mengaku.Hang kenai anak-anak kita semua lagumana Som."
"Som kenai anak-anak Som,cuma ada masa risau hati jugak dekat depa semua."
Kenangkan anak lelakinya cuma seorang itu makin buatkan hatinya risau.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sejak rumahnya disewakan orang,Khair sudah tidak sambung bekerja sehingga malam.Jika dipanggil baru dia kesana. Gerai tepi jalan.
Selepas zohor buat Grab sampai maghrib sahaja beberapa hari ini.Sampai ke rumah bila hari mulai senja.Sempat di siram pokok bunga yang ada.
Sejak sekarang selain menjadi suami olok-olok Ilya Umara,Khair Nafiz juga menjadi tukang kebun di rumah wanita itu sekali-sekala,bila pak Yas tidak datang ke mari.
Melihat ruang parking terlihat kereta Porsche itu terisi,tahulah dia isterinya itu sudah pulang. M
asih sibuk siramkan pokok-pokok.Ralit.
"Ir,kak Nono balik dulu ya." sapa pembantu rumah Ilya itu ramah.
"Ya.. Terima kasih banyak." juga ramah seperti selalunya.