⭐ BAB 6 ⭐

13.7K 571 10
                                        

Masih meneruskan rutin sama dengan tiga pekerjaan setiap hari.Cuaca sedikit panas hari ini,walaupun jarun jam sudah menunjukkan angka tiga lebih petang.

Memarkir motosikalnya di kawasan deretan kedai makanan segera itu sejak tadi.Selepas zohor Khair memulakan rutin dengan membuat penghantaran grabfood pula. Sejak jam dua petang hingga dua puluh minit lalu,baru empat penghantaran dibuat.

Duduk bersama dua lagi gerangan penghantar makanan dari berlainan agensi di tepi kaki lima itu sambil berbual. Walaupun tidak mengenali, tetapi mereka terlihat ramah.

"Teruk la oder sekarang.Sehari nak dapat sepuluh pun sakit." ujar seorang lelaki dalam lingkungan dua puluhan.Zack

"Tu laa.Dulu rancak jugak." balas seorang lelaki India.Ramesh

"Komisyen pun seciput jela sekarang.Aku agak orang dah malas nak guna apps pasal cas mahal.Keluar pergi beli sendiri." Ujar Zack lagi

"Kalau buat keja ni je full-time memang tak boleh hidup la sekarang.Dulu boleh beratus komisyen sehari." Khair pula mencelah.

Waktu awal diberhentikan kerja,beberapa minggu sebelum mengikut Pijan ke pasar.
Khair menjadi penghantar makanan secara sepenuh masa.Seawal tujuh pagi hingga ke sebelas malam dia masih menghantar.
Komisyen ketika itu boleh sama dengan gajinya sehari sebagai jurutera.Ada harinya lebih dari itu.

"Korang buat full-time ke ni?" Soal Zack sambil leka dengan telefonnya.

"Tak,part-time jela.Aku ada kerja lain. Shif." balas Ramesh. Zack dan Khair mengangguk faham.

"Aku cauu,ada oder.Tapi jauh sikit la."Zack mula bangun mahu mengambil oder yang diterimanya.

"Hati-hati dijalankan." Pesan Khair.

Sempat dipesan kepada lelaki yang baru dikenali tadi tu.Kenangkan pekerjaan ini amat berisiko kerana mereka terdedah pada bahaya di jalan raya.

"Thanks bro,terasa macam di hargai pulak." ujar Zack lalu ketawa.Ramesh dan Khair turut sama tersenyum.

"Kau keja apa?" Soal Ramesh pada Khair.

"Aku buat banyak kerja la.Masih cari kerja tetap."meraup rambutnya biar kemas dan diikat semula. Bila memakai helmet dengan lama
rambutnya sedikit kusut dan berpeluh.

Kena potong pendek la..malas jaga dah.

"Why macam tu?" tanya Ramesh hairan.

"Aku kena buang dari kerja lama.Family problems.Masih cari kerja baru."

Khair agak, dia susah mendapat pekerjaan kerana rekod lama itu dibawa ke mana-mana. Rekod tidak datang kerja dengan kerap itu buatkan syarikat lain susah untuk mengambilnya bekerja.

"So kau buat berapa kerja now?"

"Tiga..tapi rasa nak meninggal pasal tak cukup rest."balas Khair dengan keluhan.

"Perh!! Tiga??Jaga kesihatan bro." ujar Ramesh sedikit terkedu.

"Terpaksa la,dulu gaji besar belanja besar." sambil melihat lalu lintas di jalan raya sana.
Otak masih mengira-ngira berapa baki wang yang dia masih ada untuk bertahan sampai akhir bulan.

"Kau kerja apa?tak cukup ke gaji?" Soal Khair pula. Malas mahu kenangkan masalah dirinya.

"Hospital.Tak cukup gaji la.Duduk sini semua mahal." Termangu keduanya.

Perbelanjaan hidup di bandar besar ini boleh dikatakan sangat tinggi.Sewa rumah, bil, tol, petrol dan makan setiap hari pun buat gajinya "bersih" tanpa sempat bersosial pun.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang