⭐ BAB 25 ⭐

16.7K 616 19
                                        

Balik semula ke rumah mereka selepas seminggu di kampung Khair.Ilya Terus masuk kerja seperti biasa manakala Khair pula masih meneruskan kerja sambilannya sementara menanti lapor diri awal bulan nanti.

Keriuhan pasar pagi Sri Sepayang itu mulai sunyi bila jam sudah menunjukkan angka dua belas tengahari sekarang ini.Semua perniaga sudah siap menyimpan dan mengemas jualan mereka.Bersiap sedia mahu pulang.

"Ir,kau okey ke sekarang?aku musykil dengan kau ni,nampak santai je." Soal Pijan dengan dahi berkerut duduk di atas tong merah berisi ais batu sambil air teh o ais diteguk perlahan.

"Okey je la.Abah aku dah okey sikit sekarang. Adik aku dah habis belajar sorang.Kurang sikit la beban kewangan aku." ujar Khair mula duduk selepas siap berkemas.

"Mana kau dapat duit operation abah kau tu?bukan banyak kurang ke haritu?." masih musykil akan hal itu.

"Errm..pasal tu,aku pun tak tahu nak cakap macam mana.Aku takut kalau aku cakap, kau sakit jantung macam abah aku nanti." kepalanya digaru sekejap.

"Dah kau cakap macam tu,makin aku musykil ni.Kau takde buat benda-benda pelik kan Ir?risau aku.Ke kau pinjam Ahlong?Jangan Ir..member aku dah hilang jari kena potong dengan Ahlong sebab lari tak mampu nak bayar." Ujar Pijan mulai risau.

"Dak..Kau ni,bukan la.Aku tak buat benda bukan-bukan.Ahlong pun bukan ni." Balas Khair dengan keluhan.

Tahu lambat-laun temannya ini akan bertanyakan hal ini.Mereka sudah kenal lama. Semua hal susah senang di ceritakan,berkongsi kesusahan juga sudah sering.

"Dah tu?Mana kau dapat duit banyak macam tu?Ada NGO bantu ke?"

"Lebih kurang macam tu la kut.Aku ada kenal orang,dia bagi aku duit pinjaman tu." ujar Khair mahu mengelat.

Tak mahu cerita diberi dengan syarat.

"Takkan bagi saja.Rumah kau pun kau sewakan pada orang.Cuba cerita elok-elok dengan aku.
Kau duduk dekat mana sekarang?" masih musykil dan susah hati kenangkan Khair ini. Sudah lah jauh dari keluarga,mesti la dia saling menjaga antara mereka.

Kedengaran Khair mengeluh perlahan.

"Aku dah nikah,aku pinjam duit bini aku la tu." ujar Khair perlahan.

"Huhh???Apa tadi?Kau ulang balik." tanya Pijan dengan mata terkebil-kebil.Terkedu.

"Aku dah nikah,agaknya masin la doa kau dengan makcik Sal haritu." Balas Khair dengan keluhan.

"Doa mana satu ni?." makin hairan dua kali ganda sekarang.

"Doa ada perempuan kaya pinang aku itu hari.Betul-betul la aku kena pinang dengan perempuan kaya sekarang.Dah nikah dah pun." balas Khair perlahan.Termangu.

"Serius la Khair?" Mahu membulat matanya.

"Serius,aku pindah duduk rumah dia la sekarang.Itu sebab aku bagi Im sewakan rumah aku,dapat la tampung bayaran bulanan sikit." Khair mula bangun mahu balik sekarang.

"Wehhh.. belum habis cerita ni." panggil Pijan

"Malas nak cerita la.Cukup la aku cakap yang aku tak buat benda-benda pelik.Jangan lupa aku kerja sini sampai hujung bulan je Jan.Nanti kau cari budak tolong kau,modal aku tu..kau rolling la lagi, untung masuk akaun." ujar Khair duduk di atas motosikalnya.

Pijan mula mendekat.

"Pasal tu kau jangan risau,Aku tak lupa.Aku nak buka satu cawangan lagi.Kalau kau nak join modal,aku nak daftar company je lepasni.
Proper sikit akaun nanti." Ujar Pijan mula merancang masa depannya lebih luas.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang