⭐ EPILOG ⭐

29.3K 947 194
                                        

Sembilan bulan lima hari kemudian

Melangkah ke bilik tidur mereka selepas siapkan kerja-kerjanya yang tertangguh dibalik kerja.

Sejak dua minggu lalu sudah tamat pengajian masternya.

Pintu bilik dikuak lalu kepala dijenggulkan ke dalam.Kelihatan isterinya tidur lena.Izz pula dibawah sana melayan ketiga neneknya yang membawang sejak empat hari lalu yang kesemuanya bertapak di rumah mereka ini

Naik ke katil,lalu rambut yang mulai panjang separas pinggang itu,disisirkan ke belakang telinga.

"Sayangg bangun." Bisik Khair perlahan sambil belakang badan Ilya diusap perlahan.

Seketika kelihatan mata comel itu terpisat-pisat dibuka.

"hmm..dah siap kerja?" Tanya Ilya dengan suara serak.wajah diraup beberapa kali mahu menghilangkan kantuk.

"Dah..nak makan apa-apa tak?jom cari,abang free sekarang." Tanya Khair mula menarik tubuh itu lembut untuk bangun.

"Nak cendol jagung." Balas Ilya tersengih.

"Boleh jom cari,awal lagi ni." Ujar Khair lalu dahi Ilya dikucup sekilas.

"Tapiiii.." Gumam Ilya panjang pii nya itu

"Tapi apa?"

"Nak naik moto...boleh tak??." Balas Ilya dengan mata dikebil-kebilkan

"Sayangggggg." Balas Khair meleret.

Bahu mula melorot,muka comel Ilya dipandang lama.Melihat perut yang nampak sarat itu juga lama.Lalu telapak tangan naik meraup wajah beberapa kali.

"Sayanggg..jangan la buat abang macam ni." Mahu menangis Kedengaran suara Khair saat ini.

"Bolehh laa abah,baby nakk." Pujuk Ilya sambil tangan mengusap lengan Khair.

Digoyang-goyangkan sedikit.Seakan anak kecil minta jajan.

Kepala tidak gatal digaru khair lama.Lalu jari telunjuk naik dan ditekan lembut pada perut Ilya.

"Heyy budaks kecik,mengidam pelikkan kali ni." Ujar Khair sambil bibir diketap geram.

Mengingati semula semua yang diidamkan Ilya pada kandungan kali ini terasa mahu putus urat jantungnya.

Waktu kandungan tiga bulan,Ilya ajak pergi camping

Waktu lima bulan,dia ajak hiking.

Waktu tujuh bulan,ajak ke Amsterdam.

Sekarang sembilan bulan,dia ajak naik moto makan cendol pula.

"Mama marah macam mana?" Soal Khair serius.

"Keluar diam-diam." Balas Ilya dengan sengihan.

Kedengaran Khair mengeluh berat.

"Okey,jom siap.Pakai yang sesuai." Khair mula mengalah.

Sebab tak sampai hati tengok muka comel dengan mata bersinar begitu.
Mengharap betul gaya tu.

Tiga puluh minit kemudian.

"Tu beg mahal,tak payah beria bawak." Ujar Khair saat melihat Ilya menyangkut beg silang di badannya.

"Tak payah beg ke?" Tanya polos.

"Tak payah,bak ic dengan fon je.Yang lain tinggal." sambil Khair menyarung t-shirt ke tubuh.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang