Ilya membaca pesanan daripada mamanya itu dengan wajah tidak beriak seperti selalu.
Selama beberapa bulan selepas hal pertukaran hak milik harta tempoh hari mereka langsung tidak bersua muka.
"Pasal laki dia la tu."Gumam Ilya perlahan.
Mula bangun lalu barang-barangnya di atas meja dikemas.Tas tangan diambil dan mula melangkah mahu pulang bila jarum jam sudah mendekati angka 6 petang.Duduk didalam lif sempat dilihat ke perut yang mulai menaik.
"Baby nak makan apa harini? nak nasi kerabu kan kan."omel Ilya dengan sengihan.
Memandu cepat balik ke rumah mahu meruntun suaminya itu nasi kerabu pula hari ini.Dari pintu pagar sudah terlihat motosikal Khair terparking elok di garaj.
"Dah balik..."
Terus memarkir keretanya itu elok-elok,kemas-kemas seperti selalu kerana suaminya itu bising kalau letak sesuka hati.
"Babyyy..park elok-elok la,nanti susah nak keluar." Begitu lah kedengaran setiap kali Ilya letak kereta suka hati.
Sejak berkahwin yang jadi tukang bebel itu Khair Nafiz bukan Ilya.
Melangkah masuk bila pintu utama tidak ditutup rapat. Kelihatan suaminya itu berbaring di permaidani ruang tamu dengan masih berbaju kerja. Melangkah dan mula duduk bersila di sisi Khair.
Lalu melihat wajah lelaki yang masih lena itu lama.
Kesiannnnn....
"Abanggg... bangun,nak senja dah."Diusap lengan kekar lelaki itu lembut.
"Hmm..kejapppp,letih ni."Gumam Khair dengan suara serak masih terpisat-pisat matanya mahu dibuka.
"Abang okey?" Ilya tersengih.
"Okey." Balas Khair sambil ibu jari diangkat tanda dirinya okey.
Tetapi kelihatan susuk tubuh itu sudah seperti kain buruk saat ini.Wajah sedikit pucat. Rambut juga mulai turun ke dahi.
"Jom la bangun.Kalau tak sihat,kita pergi klinik.Nak?" memujuk seperti hari sebelumnya.
Sejak beberapa minggu lalu, sejak tahu Ilya hamil suaminya itu mulai terkena alahan. Morning sicknessnya setiap pagi dan melepek jika pulang dari kerja.
"Tak nak,abang okey ni.Letih sikit,nanti mandi okey la." Khair mula mengangkat tubuh dan duduk bersila.
"Kesiannya suami saya ni." Rambut Khair yang turun ke dahi diraup naik. Disisirkan biar kemas.
"Nasib boleh kerja." pipi Ilya dipicit geram lalu dikucup sekilas.
"Babyyyy.jangan la lama sangat bagi abah alahan ni." Bual Khair saat melekapkan kepalanya diperut Ilya.
Ilya cuma mendengar sambil rambut lelaki itu dielus lembut. Tersenyum.Selalu sudah peel suaminya begini.
"Mak kata kena pujuk selalu."bual Ilya lembut.
"Tapi abah redha kalau abah yang kena alahan ni baby.Jangan la merajuk,abah tak marah.Kita rilek je okey,janji baby sihat."Kata Khair lagi masih melekap kepalanya di perut Ilya yang sedikit menaik itu.
"Sayang nak makan apa-apa tak harini?"
"Nak nasi kerabu harini boleh tak?"
"Bolehh,lepas maghrib la kita cari.Sabar kejap."
Ilya cuma mengangguk. Lalu jari mereka ditautkan erat.Khair mula bangun berdiri.
"Jom naik..mandi dulu."
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
