Menggerakkan tubuh,perlahan wajah dan rambut diruapkan.Mata ditenyeh beberapa kali,lalu jari jemari mencapai telefon yang skrinnya retak seribu itu.Dimatikan alarm yang berbunyi bising.
Bingit!
Ya bingit jika tidak bingit tidak bangun seorang Khair Nafiz ini.Setiap hari dipaksa dirinya bangun seawal tiga setengah pagi namun hari ini dilewatkan sedikit jamnya ke angka lima setengah pagi.
Bangunkan tubuh lalu dua kaki dijatuhkan ke lantai,duduk dibirai katil bujang itu seketika sambil mengeliat,merenggangkan semua otot badannya.
Lalu bangun melangkah ke bilik air dan mandi.
Keluar dan bersiap untuk subuh,sempat Al Quran tebal itu dibuka dan dibaca perlahan sementara azan belum berkumandang.
Setiap hari dipujuk hatinya untuk redha dengan semua ujian yang Allah SWT berikan ini.
"Allah tak uji lebih dari kemampuan hang Ir,
InshaAllah hang mampu." gumam Khair sendirian.
Ada tikanya birai mata bergenang juga. Sudah penat sebetulnya.Melihat baki akaun banknya dengan jiwa koyak rabak.Kerja bagai nak gila.
Gelap ke gelap baru dapat pulang,masih juga belum cukup dan belum mampu kumpul duit untuk pembedahan jantung abahnya.
Setiap hari perlu makan dan teruskan hidup.
Ada bil dan komitmen yang perlu di lunaskan.
Ada keluarga yang perlu di sara.Ada adik-adik yang masih perlu ditanggung belanja pelajaran mereka.
Ujian hidupnya bertimpa-timpa.Dipikul tanggungjawab kepada keluarganya.Ayahnya sakit.Diberhentikan kerja.Hilang pendapatan yang dulunya mewah.Hilang tunang.Kereta sudah ditarik.Rumah juga masih tertangguh bayaran bulanan.
Mahu mengeluh sudah tidak berdaya.Sudah puas,sudah tidak selera.Apa yang perlu sekarang ini ialah,Khair perlu bertahan dan kuat untuk harungi semua ujian ini.
Kenangkan Sidah yang sudah menghilang sejak pertunangan mereka diputuskan buatkan Khair makin dihurung rasa pilu.Motivasinya kian kabur.
"Ya Allah ya Rahman ya Rahim.. tenangkanlah hati ini ya Allah.Sesungguhnya Engkau maha mengetahui segalanya.Kau berikanlah aku kesabaran dan ketabahan untuk mengharungi segala ujian Mu ini Ya Allah." bisik hatinya sambil meneruskan bacaan Surah Ar Rahman itu perlahan.
Rintihannya setiap hari kepada Maha pencipta.
Tahu,jika meminta pada manusia dia bakal kecewa.Dan semua ujian ni akan berakhir bila sampai waktunya nanti. Khair cuma perlu bersabar,bertenang dan berusaha untuk harungi semua ini.
Seketika kedengaran laungan azan Subuh kedengaran.Menutup Quran tebal itu perlahan.
Mula bangun dan tunaikan kewajipan sebagai seorang hamba.
Sesudah subuh bersiap dengan t-shirt dan jeans lusuh.Enjin motosikalnya dihidupkan.
Lalu masuk semula ke dalam rumah.Sempat dijamah roti Gardenia disapu 'kaya' sekeping untuk mengalas perut.
Mula bangun,beg galas yang diisi baju dan beberapa barang penting dibawa sama.Melihat sekeliling rumahnya sebelum keluar.Sempat semua suis ditutup.
Melangkah ke pintu rumah lalu kasut diambil dan duduk di birai pintu.Kasut Converse hitam itu dipakai dan diikat kemas. Bangun. Menutup, mengunci pintu dan dimanggakan pintu grill.
Pintu pagar dibuka,lalu motosikal ditolak keluar.Menutup pagar dan kunci.
Beg digalas dibelakang badan.Kunci rumah di simpan di beg silang di dadanya.Dikemaskan jaket dibadan.Baru mahu menyarung helmet.
"Semoga dipermudahkan urusan Khair Nafiz harini amiin amiin ya Rabbal Alamin." gumam Khair sendirian.
"Ko nak kemana Ir?awal sangat ni.Tak ke pasar harini?" sapa jiran sebelah,Pak Rejab yang baru balik dari surau.
"Pan gantikan saya harini.Nak balik kampung jenguk mak abah." balas Khair perlahan sambil duduk diatas motosikal memegang helmet.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
