Melangkah masuk ke dalam rumah, dari jauh kedengaran bunyi air mengalir di singki dapur. Lalu tas tangan diletakkan di sofa. Terus dia berjalan perlahan ke dapur.
Menyandar tubuh di birai pintu dapur, melihat susuk tubuh tinggi lampai itu sedang memotong sesuatu dan di atas dapur gas terlihat sesuatu sedang dimasak. Ilya cuma memandang lama tanpa mahu menegur atau melangkah mendekat.
"Agaknya kau memang suka tengok dia masak kut..." Gumam hatinya.
"Nak tengok berapa lama tu?i tahu i nampak seksi bila memasak macam ni."Ujar Khair perlahan.
Sempat puji diri sendiri.
"Yakin diri ye."Balas Ilya bersama senyum nipis.
"Yakin sikit la.Duduk la sini,kejap lagi kita makan sama." masih sibuk dengan kualinya itu.
"I naik mandi kejap." Ilya melangkah laju naik ke biliknya mahu mandi.
"Okeyy." Balas tanpa mengalihkan wajah.Fokus benar memasak.
Usai mandi, Ilya turun ke bawah semula.
"Candle light dinner??" Sapa Ilya sambil sengihan.
"Candle sikit la,I baru terfikir dua minit lepas." pingannya dan pinggan Ilya diletakkan di atas meja.
Ada lilin dua butir yang dipasang dan diletakkan di tengah meja. Dua kuntum bunga ros juga diletakkan di dalam gelas kaca berisi air sedikit.
"Ini mana kutip ni?"soal Ilya lalu ketawa.
"I pergi petik dekat laman rumah you.Aci la dua kuntum je.Nak petik banyak-banyak.Nanti mak marah." lehernya diusap perlahan sambil tersengih. Takut mak marah!
"Boleh la ni,walaupun tak proper nampak effort tu ada..."
"Dah boleh makan,tahu lapar tu.Nampak nak meleleh dah air liur."Ujar Khair lalu ketawa bila melihat Ilya sudah mula mengambil sudu dan garpunya.
"Nampak sedap ni." Melihat hidangan Salmon pasta itu dengan mata bersinar.
"Baca doa dulu." Khair bersuara sambil dua tangan diangkat. Diikuti Ilya. Kedengaran doa makan di baca Khair.
"Okey..dah boleh makan.I agak i belum pro masakkan western."Ujar Khair saat doa diaminkan.
"Tak pro pun dah sedap macam ni.Kalau pro boleh buka kedai," Ilya mula mengunyah perlahan.
Khair cuma tersengih.Lalu menikmati makan malam mereka dengan tenang.
"You suka?I tak reti buat semua ni tapi untuk you cuba."Kata Khair sambil memandang Ilya.
"Suka.I lagi suka macam ni dari keluar."
"I agak kita kena mula sesi taaruf kita lebih kerap.I nak tahu apa you suka dan tak.I nak tahu lebih banyak pasal isteri i."
"Boleh,you nak tahu pasal apa?"Masih makan sesekali air diteguk perlahan.
"Kita kena mula dari awal.Hai nama i Khair Nafiz Bin Arshad.Umur i 29 tahun." ujar Khair lalu tersenyum
Tangan kanan dihulurkan mahu bersalam.Sesi berkenalan semula.
"I Ilya Umara Binti Baharudin.32 tahun. Dah macam budak sekolah baru nak bercinta ni." Balas Ilya dengan senyuman lalu tangan kanannya dihulurkan.
"Takpa la,kita kena ulang dari awal.Dah skip banyak sangat ni." Khair masih menggenggam tangan Ilya.Diletakkan diatas meja. Sesekali dielus lembut.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
