KAMPUNG GARIS SATU
Dari awal pagi kelihatan beberapa kumpulan makcik bawang dari persatuan muslimat kampung itu bersama kampung sebelah mengadakan gotong-royong membersihkan dewan balai raya kampung mereka sambil diadakan gotong royong masakan tengahari bersama.
"Lama dah tak buat aktiviti laguni,seronok jugak sesekali ramai-ramai berkumpui." Ujar seorang makcik bawang.
"Last aku rasa tahun lepas nu,dekat setahun dah." Balas makcik bawang lain.
"Nak masak berapa mata ni?Cukup ka duit hat kita kumpul sorang sikit tu?." Soal makcik bawang lain yang baru turut serta menyiapkan bahan mahu memasak.
"Cukup dah duit hat tu.Masak tiga mata ja ni.Nasi,ayam merah,jelatah.Ada Midah bagi ikan pekasam sebesen tadi.Elok dah makan tengahari kita harini." Balas Hajah Kalsom sibuk potong nenas.
Disebelah sana kelihatan teman-
temannya sibuk menumis mahu mula masak ayam merah.Nasi juga sudah ditanak sekumpulan lagi makcik bawang disana.Dibahagikan tugas siap-siap di group whatsapp mereka sejak empat hari lalu.
"Som,hang dengaq cerita baru dak pasai anak Yan hat bekas menantu tak jadi hang dulu tu?" Bisik makcik bawang
"Cerita apa?" Tanya hairan.
Selepas anak sulungnya bernikah memang hal keluarga Sidah langsung tidak dipedulikan.Jika ada cerita-cerita pun hanya didengar lalu dibawa angin tidak disimpan atau disampaikan pada anak menantunya.
"Kami baru tau kata,anak dia menikah dengan laki orang.Penyondoi la rupanya." Balas makcik bawang berbisik.
"Owhh yaka?taktau la pulak.Biaq pi la kat depa Siah.Asaikan menikah sudah.Aku ni kalau boleh takmau campoq hai orang.
Nak-nak keluarga Yan tu." Balas Hajah Kalsom tidak beriak.
"Saja la nak cerita,pasai Yan tu ka.Sejak ada menantu hat tu ka,sombong kemain.
Dengaq kata menantu hat tu pengarah hospital,patut la dia ciwi sungguh." Ujar Siah lagi
Termuncung- muncung mulut punya duk bawang.Hajah Kalsom cuma mengganguk,wajah tenang tidak tercuit.
"Som pun apa kurangnya,menantu dia segak jugak.Lebih dari anak Yan.Menantu kak Som reja apa?dok nampak balik mai bawak reta besaq selalu?" makcik Jam pula memyampuk.
Tak tahu la kerja nak siap bila
membawang je lebih makcik-makcik ni.
"Menantu Som reja biasa ja,dok meniaga.
Reta company ja dok bawak balik tu." Balas Hajah Kalsom mudah.Tidak mahu dicanang hal anak menantu pada orang.
"Orang meniaga ni kaya la selalunya.Ya dak kak Asmah."
"Sungguh la kut,mana aku nak tau.Pada As kerja apa pun takpa la.Asai duduk elok,tak juah sana sini sudah.Orang meluat tengok perangai lagutu." ujar Asmah masih ralit mengupas bawang.
"Sungguh,Imah setuju tu."
Lalu makcik-makcik semua mengangguk setuju.Ralit berbual seketika..Kedengaran salam diberikanMuncul emak si Sidah masuk melangkah.
"Assalamualaikum...Sorry lambat,Yan pi pekan tadi ni." Sapa Makcik Azean mula duduk sama.
"Waalaikumsalam..Takpa.kami pun baru nak mula masak.Reja gotong-royong siap pi dah." Balas satu makcik bawang.
Kelihatan emak Sidah mula mengeluarkan pisau dapur yang dibawa.Mula membantu sama.
Masing-masing tidak bertegur sapa antara Hajah Kalsom dan makcik Azean.
"Uishh elok noh,gelang baru ka kak yan?" tanya makcik bawang bila melihat gelang emak Sidah besar di kedua belah tangannya.
"Haa,baru.Tadi pi pekan tu beli hat ni la.
Biasa la anak menantu bagi duit banyak,
tak tau nak buat apa.Baik beli mas betui dak." Balas emak si Sidah riak dengan wajah bangga bercahaya.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
