Duduk termenung selepas selesai kerjanya.Dua tangan diletakkan di belakang kepala.Kerusi dipusingkan sambil otaknya ligat berfikir.
"Kau apehal la termenung lama sehari dua ni?" Sergah Johar yang baru muncul di pejabat mereka ini.
"Ishh!!terkezutt lah." Balas khair dengan dahi berkerut.
"Yelah dah termenung sampai bulan memang la terkezutt."Johar tersengih.
"Apehal kau ni?duit tak cukup?" Soal Johar mula duduk lalu skrin komputer di atas meja di lihat lama.
"Emm... bukan.Duit cukup je ni,kasih sayang je kurang." Balas Khair lalu ketawa.
"Ah sudah,kau nak kasih sayang ke?aku boleh bagi."Ujar Johar bersama senyuman creepy.
"Tak payah,geli aku.Negatif dengan negatif shock nanti kita dua ni."
"Dah tu kau nak apa?"
"Kau..dah berapa lama kahwin?" Soal Khair tiba-tiba sambil kening diusap perlahan.Terasa mahu minta tips dari senior sekarang.
"Tak la lama,dalam tujuh tahun.Apa pasal?"
"Bercinta?"
"Bercinta sekejap je,terus kahwin.Kenapa kau ni?" masih hairan.
"Urmm kau agak kalau tak bercinta boleh tahan lama ke?" Khair mulai serius.
"Kalau dua-dua ada effort untuk bina rumah tangga akan tahan lama la.Kalau sorang je mana boleh,kahwin ni kerjasama Ir."
Johar masih ralit dengan kerja report di komputer di hadapannya itu.
"Betul la tu,kerjasama." Gumamnya sendirian
"Kau kenapa?tak bercinta dengan bini kau ke?"
Dia tahu Khair sudah berkahwin,tetapi jarang lah mereka berbual hal peribadi waktu kerja.
"Taklah aku tanya je la,bukan serius pun."
"Bila interview kau Ir?" Baru teringat akan hal itu.
"Dua minggu lagi." Khair sambung kerjanya semula.
"Apasal baru nak buat sekarang?kau kerja lama kut dekat tempat lama."
"Waktu lima tahun kerja sana, aku dah nak buat cuma tak sempat. so cancel la.Dah tu sebab abah aku tak sihat.Kena buang kerja lepas tu terus pudar semangat aku nak ambik benda alah tu." Khair termangu seketika.
Cita-citanya mahu dapatkan gelaran jurutera profesional dan pada pangkal namanya diletakkan (Ir) terkubur dengan apa yang berlaku.Sekarang waktunya mahu diusahakan semula.
Jika rezeki berpihak kepadanya untuk lulus temuduga dengan The Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan pihak Board of Engineers Malaysia (BEM) dirinya boleh di iktiraf sebagai jurutera profesional selepas ini.
"Sayang betul company tu buang kau.lepastu setahun tu kau buat apa?" Baru sempat berbual panjang.
"Banyak kerja,jauh dari elektrik."
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
